
Sabtu, 19 Desember 2009
Petikan Rakan Blogger 'kulaan kayuh baimbai' (http://www.kulaan2u.blogspot.com/)

Sabtu, 28 November 2009
Jumat, 27 November 2009
Orang Melayu Takut Hantar Anak Belajar Agama Islam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila bercerita fasal anak-anak, semua orang mengaku sayang kepada anak-anak. Anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan diberikan segala keperluan serta kemewahan semampunya. Pendidikan awal bermula dengan tadika dan pra-sekolah, kemudian anak-anak dihantar kesekolah dari tahun satu hingga ketingkatan yang tertinggi.
Pendidikan formal disekolah dirasakan tidak mencukupi untuk kejayaan anak-anak, lalu ditambah dengan tution, seminar kecemerlangan, kursus-kursus dan beberapa siri Sembahyang Hajat semata-mata untuk memastikan anak-anak mendapat kelulusan cemerlang iaitu 5A diperingkat UPSR, 8A diperingkat PMR, 11A1 diperingkat SPM dan seterusnya diperingkat yang lebih tinggi.
Kesemua ini dibuat bagi memastikan agar anak-anak terpilih melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, MRSM atau sekolah menengah terpilih yang lain. Begitu murni harapan ibu bapa, semata-mata untuk kejayaan anak-anak. Disamping kemurnian ini terlindung suatu kesilapan besar yang dilakukan oleh mereka dan akan membawa padah secara menyeluruh bermula dalam keluarga orang Melayu hinggalah kecorak pimpinan Negara Malaysia ini. Padah yang akan menimpa ialah keluarga dan seterusnya negara akan ditadbir menggunakan fikiran rasional dan bukan atas dasar hukum hakam yang di tentukan oleh Allah sebagai pencipta dan pemilik alam ini.

Kini orang Melayu terlalu mementingkan kejayaan duniawi dan tidak mengindahkan keperluan ukhrowi. Puas hati ibu bapa apabila anak-anak berjaya masuk sekolah berasrama penuh atau MRSM. Mereka ini tidak pernah terfikir betapa perlunya anak-anak dimasukkan ke sekolah agama atau di berikan pendidikan agama yang secukupnya secara yang lebih formal.
Kebanyakan orang Melayu terlalu takut menghantar anak-anak masuk sekolah agama atau berlajar agama lebih mendalam. Ibu bapa takut kalau hantar anak-anak kesekolah agama, nanti tak dapat biasiswa, nanti gelap masa depan, nanti tak dapat kerja dan berbagai nanti yang buruk-buruk belaka. Mereka berfikiran begini kerana mereka pun tak pernah masuk sekolah agama, jadi tak nampak kebaikan dan keperluan bersekolah agama. Kadang-kadang ada ibu bapa nak hantar hantar anak-anak kesekolah agama tetapi tempat terhad, maklumlah sekolah agama dalam sesebuah negeri hanya ada berapa buah saja berbanding dengan sekolah menengah kebangsaan. Disekolah menengah atau MRSM bukan tak ada belajar agama, tetapi tidak memadai. Diperingkat IPT, kalau tak ambil bidang agama, memang tak belajar agama, kalau ada pun sekadar Tamaddun Islam.
Kebanyakan Orang Melayu buta sejarah pendidikan negara. Mereka lupa atau tak nampak bahawa sudah ramai pelajar terbaik peperiksaan PMR dan SPM adalah dari sekolah agama. Bilangan pelajar dari sekolah agama yang berjaya mengorak langkah ke menara gading juga tak terbilang ramainya. Memang ada pelajar dari sekolah agama yang gagal, tetapi sekurang-kurangnya mereka ada ilmu agama yang amat berguna untuk kehidupan akhirat kelak. Ada juga pelajar dari sekolah agama yang runtuh akhlaknya, tetapi mereka tahu sempadannya. Kalau anak Melayu dari sekolah agama ada yang runtuk akhlaknya, jelas yang bukan dari sekolah agama lagi ramai dan teruknya.
. Gambar hiasan : Bekas pelajar dari Maahad Muhammadi Kota Bahru, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, Pelajar Terbaik SPM 2008, mendapat 20A (19A1, 1A2)
Gambar hiasan: Bekas pelajar Sek. Men. Agama Al Khairiah Temerloh dan Penerima Anugerah Menteri Besar Pahang (10A1 SMA), Nur Fadhilah bt. Arshad (kiri sekali) kini belajar di Fakulti Perubatan dan Surgery Universiti Al Azhar, Mesir.
Kemelut ini bertambah kalut apabila dasar kerajaan sendiri yang hanya berusaha menambah sekolah menengah atau sekolah berasrama penuh sebanyak mungkin dan berbanding sekolah agama yang sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Ada Maahad Tahfiz tajaan kerajaan yang lebih bersifat seperti gajah putih kerana bangunan dan semua kelengkapan yang canggih tetapi menerima pelajar baru (tingkatan 1) lebih kurang 25 orang sahaja berbanding yang layak dan hadir temuduga ialah 300 orang lebih. Ini berbeza sekali dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan, yang layak semua dapat tempat belajar malah MB nya pernah menegaskan bahawa "Orang nak belajar agama, yang layak kita ambil semua, duit kita cari, tak cukup tempat ni kita bina tempat lain pula".
Dalam hal ini ada pula suara sumbang yang pernah terdengar oleh telinga ana sendiri diantaranya ialah “Buat apa bagi belajar agama, nanti jadi pembangkang”, “Ramai sangat Hafidz nak letak dimana?”, "Eleh belajar agama dimana-mana pun boleh belajar", Pandai agama pun jahat juga, yang penting ialah hati" dan "Eleh semua orang sama, nampak duit agama entah kemana". Ingatlah wahai saudara, kalau silap cakap batal aqidah saudara.
. Gambar hiasan: Bekas pelajar Sek. Men Agama Al-Khairiah, Temerloh, Muhammd Firdaus (no. 2 kiri), Pelajar Tahun 3 , Ijazah Undang-undang UITM, Shah Alam.
Wahai ibu bapa bangsa Melayu sekelian, jangan takut nak hantar anak-anak belajar agama Islam, kerana janji Allah ‘jika kita cari dunia, maka dapatlah dunia. Jika kita cari akhirat, Insya Allah kita akan dapat dunia dan akhirat”. Mulai sekarang hantarlah anak-anak belajar di sekolah agama. Memang betul sekolah agama banyak pelajaran yang perlu di pelajari tetapi banyaklah pula yang kita akan perolehi. Kalau di sekolah menengah belajar 10 mata pelajaran, disekolah agama 23 mata pelajaran.
Kalau nak dicatatkan kelebihan sekolah agama memang tak tercatat kerana banyak sangat tetapi sekadar perbandingan asas bolehlah dirujuk jadual dibawah ini:

Kamis, 29 Oktober 2009
AWARD TEMAN SETIA BLOG
Jumat, 16 Oktober 2009
Orang Melayu Salah Berguru

Radio Malaysia guru Orang Melayu

Kesan daripada sikap ini telah melahirkan ramai orang Melayu yang dikategorikan sebagai ‘salah berguru’. Radio dan TV terlalu banyak menyiarkan rancangan hiburan telah menyebabkan orang Melayu hayal dengan hiburan. Dalam setahun lebih kurang dua belas pertandingan nyanyian diperingkat nasional yang kebanyakannya disiarkan dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Ramai tokoh-tokoh penghibur telah dilahirkan dan menjadi ikutan, idola dan guru kepada golongan ini. .
Diantara artis yang menjadi idola orang Melayu.

Seorang Dr. Falsafah Islam, Professor, Al Hafiz dan bergelar Datuk, di gam oleh radio & TV. sepatunya ini lah guru dan idola kita
Ada tokoh-tokoh tertentu yang keudara melalui radio, TV atau akhbar bercakap sesuatu yang bukan bidangnya tetapi dijadikan pegangan dan ikutan. Contohnya ramai orang yang cetek ilmu agama tetapi keudara bercakap fasal agama, maka hujah mereka dijadikan panduan dan pegangan hidup harian. Para ‘ulama’ yang mungkin berlainan fahaman politik digam daripada keudara, malah mereka ini dianggap sesat dan ditentang habis-habisan. Sudah ramai orang Melayu berani mentafsirkan Al Quran mengikut hukum aqli tetapi tetap jadi ikutan ramai. Sebaliknya ‘ulama’ dinafikan ilmunya.


Contoh surat khabar kesayangan orang Melayu Dari sudut yang bebeza ada juga berlaku penyembunyian dan putar belit fakta disiarkan. Banyak perkara yang sepatutnya disiarkan tetapi tak nampak bayang pun. Sebagai contoh sejak pemerintahan PAS di Kelantan, dikatakan tidak ada sebarang kemajuan, sedangkan kalau kita pergi sendiri ke Kelantan boleh nampak terlalu banyak kemajuan telah dibuat malah meliputi meliputi semua bidang.

Minggu, 11 Oktober 2009
Majlis Kenduri Kahwin Orang Melayu Penuh Maksiat
Tahniah dan Selamat Menyambut Menantu ana ucapkan kepada ibu bapa yang baru mengadakan majlis kenduri pengantin untuk anak-anak mereka. Setiap perkara yang kita lakukan tidak terlepas melalui salah satu hukum samada wajib, sunat, makruh, haram atau harus. Ada dikalangan ibu bapa yang mengadakan majlis kenduri kahwin samada sedar atau tidak telah melakukan beberapa perkara maksiat iaitu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.


Persandingan Mukmin sejati. Tiada pelamin, tiada pembaziran & tiada maksiat. (Gambar hiasan persandingan dua Tokoh Akademik yang berjaya tetapi tetap bahagia).
Kesilapan terbesar ialah upacara Persandingan Pengantin Baru yang ditontonkan kepada orang ramai. Ketika inilah banyak berlaku fitnah serta suara-suara sumbang yang mendatang dosa mengumpat kepada yang hadir. Diantara ucapan yang terdengar ialah ‘pendeklah pengantin tu’, ‘Pengantin tua’, Tebalnya cat… kalau kena cat, tunggul pun cantik’ dll.

Tiada persandingan, tiada pelamin, tiada maksiat mengikut tuntutan Islam. (Gambar hiasan pasangan dua Tokoh Akademik yg berjaya dan bahagia)

Upacara persandingan sebegini rupa sebenarnya adalah meniru ajaran agama Hindu. Bermake-up berejam-rejam dari hujung rambut hingga ke kaki adalah amalan pengantin beragama Hindu. Zaman telah berubah, kalau dulu Mak Andam adalah perempuan, tetapi kini Mak Andam ramai terdiri daripada ‘Kaum Lelaki Lembut’ dan ada yang memanggil ‘Abang Andam’. Proses make-up pengantin ‘luar dan dalam’ memakan masa panjang, ada yang sampai tiga atau empat jam. Sipengantin perempuan sanggup mendedahkan segala-segalanya kepada ‘Abang Andam’, yang penting orang pandang cantik. Ini nak kira dosa apa pula?
Semasa bersanding, kedua mempelai dirinjis dengan air mawar dan ditabur dengan tepung tawar. Ikut siapa ni? Ustaz mana yang mengajar ni? Ada ibu pengantin bagi tahu ana kesemua ini untuk menyerikan lagi simempelai dan bagi bau wangi. Nak berseri bukan ini caranya. Biarlah berseri dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi kerana serinya iman dan taqwa berkekalan tak macam serinya tepung tawar. Kalau nak wangi, ini hanya helah semata-mata kerana kedua-dua mempelai telah dilumuri dengan berbotol-botol minyak wangi, jadi nak wangi macam mana lagi?
.
Pertunjukan kumpulan muzik mengundang banyak maksiat
Nak bersanding pula kena ada pelamin dan segala peralatan yang sewaktu dengannya. Kesemua ini kena sewa, bukan free. Perbelanjaan ini termasuklah dalam golongan membazir. Membazir pula adalah kawan Syaitan.

Joget lambak disebelah malam lagi besar maksiat. Ada juga majlis kenduri kahwin ini di selitkan dengan pertandingan Karaoke. Waktu inilah orang tua, muda, lelaki dan perempuan nak tunjuk bakat. Nak menyanyi juga lagi. Kalau dah menyanyi kena berjoget, kalau berjoget kena berpasangan, kalau berpasangan yang bukan mahram kena laknat oleh Allah.
Walimatul urus hukumnya Sunat Muakkad. Tetamu turut menutup aurat dan tiada percampuran lelaki & perempuan bukan mahram
Al Banjari: Dalam perkahwinan, ijab dan qobul adalah wajib dan walimatulurus adalah sunat muaqqad. Jadi selesaikan yang wajib, buatlah yang sunat mengikut kehendak agama Islam itu sendiri. Jangan sesekali menambah-nambah atau meniru-niru perbuatan orang-orang kafir. Biarlah mereka dengan cara mereka, kita dengan cara yang diizinkan Allah sahaja. Elakkan buat yang sunat mengundang yang haram dan maksiat. Kalau nak berlagu, undanglah kumpulan Nasyid, barulah berkumandang suara keimanan. Wallahuwa’lam…
Kamis, 08 Oktober 2009
Orang Melayu Sembahyang Jumaat Tetapi Tak Dapat Pahala

Rabu, 07 Oktober 2009
Pejuang Islam Mati Masuk Neraka

Gambar hiasan untuk renungan bersama
Jawa Jadid: Pejuang Islam dari golongan Mengaku / Persaran sebagai Pejuang Islam seperti yang tersebut diatas perlu muhasabah diri dan perbetulkan niat. Pastikan semua yang melibatkan hati, perbuatan, percakapan dan harta benda kita adalah kerana Allah dan untuk Allah sahaja. Bagi golongan ini perlu taubat nasoha. Terima, laksana dan perjuangkanlah Islam secara menyeluruh. Pastikan kalimah dan hukum Allah dinobatkan didunianya ini secara total. Bukannya sebahagian yang menguntungkan kita, kita terima dan yang merugikan kita, kita tolak. Dunia ini termasuklah diri kita ini milik Allah. Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadanyalah kita kembali. Wallahu wa’lam
Al Banjari: Piii lah! Pakai seluar pendek, anak beranak tak bertudung, ke masjid seminggu sekali, solat jarang-jarang, duit rakyat disapu bersih, belajar agama tak tau bila dan macam-macam lagi tapi nak mengaku atau perasan sebagai Pejuang Islam. Yang pasti kalau tak taubat nasoha memang kena selam di akhirat nanti.
Selasa, 06 Oktober 2009
Puasa Enam Di Bulan Syawal Sia-sia
· Puasa kerana ikut-ikut orang lain berpuasa.
· Puasa sunat (puasa enam) dibuat tetapi puasa wajib (Ramadhan) tak sampai sebulan.
· Puasa wajib selesai, puasa sunat pun buat tetapi solat waktu jarang-jarang.
· Puasa bukan kerana Allah tetapi kerana lain-lain.
Hanya orang yang cukup solat waktu dan berpuasa kerana Allah semata-mata yang akan dapat ganjaran yang dijanjikan Allah.

.Jawa Jadid: Pastikan Rukun Islam yang lima dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas kerana Allah. Solat tiang ugama, puasa dinding agama.
Al Banjari: Orang yang tak tinggal solatnya pasti tak tinggal puasa , tetapi orang yang tak tinggal puasa belum tentu tak tinggal solatnya. Wallahuwa’lam.
Senin, 05 Oktober 2009
Wanita Tak Wajib Memasak


Jawa Jadid: Perkara ini tidak berlaku bagi mereka yang mempunyai orang gaji atau anak-anak yang dah boleh membantu. Memandangkan ini adalah jadual harian, kerjasama seisi keluarga perlu dipertingkatkan. Memasak jangan dibebankan kepada wanita kerana Islam sendiri tidak menetapkan memasak adalah tugas khusus untuk wanita. Sisuami juga perlu pandai dan kena memasak. Kalau tak pandai pun tolonglah buat persiapan yang sewaktu dengannya dan cuci pinggan mangkuk atau mengemas rumah. Sisuami jangan hanya pandai makan kemudian tidur sahaja, lainlah kalau berpenyakit tidur. Kalau isteri tidak mahu masak, suami tak boleh marah kerana ini bukan tugas mutlak isteri. Wallahu wa’lam.
Al Banjari: Pandai masak lemak cili api ikan keli. Malangnya isteri tak makan ikan keli, jadi beli roti canai ajelah.
Minggu, 04 Oktober 2009
Rumah Terbuka Ikut Siapa?

Suasana 2 Pada musim raya ini ana sekeluarga sempat juga beraya kerumah bekas jiran Allahyarham bapa mertua ana. Jiran ini berpendapatan sederhana. Suasana hari raya disini agak biasa sahaja. Apabila ditanya bila nak buat rumah terbuka, “Tak cukup budget. Hanya orang kaya boleh buat rumah terbuka” katanya. Berapa rumah terbuka dah pergi, “Satu, itu pun rumah Boss tempat kerja, yang lain tak jemput pun” jawabnya lagi.
Rumah Terbuka - Apakah gunanya kalau VIP diasingkan dengan yang bukan VIP
Kata Rumah Terbuka, tetapi mengapa perlu dibuat di hotel?
Sabtu, 03 Oktober 2009
Duit Raya Tiru Budaya Cina

Kalau betullah ikhlas, mengapa perlu bersyarat dan menunjuk-nunjuk?

Apa bezanya kedua-dua bungkusan ini?
. Jawa Jadid: Islam menggalakkan umatnya bersedekah atau menderma, tetapi bukan ini caranya. Islam mengajar bersedekah dan menderma biar ikhlas dan hanya kepada golongan yang memerlukan sahaja, tidak menunjuk-nunjuk dan sepanjang tahun bukan khusus pada hari raya sahaja. Sebaiknya jika ingin melakukanya lebih afdhal pada bulan Ramadhan bukan bulan Syawal. Budaya memberi Ang Pau (bungkusan merah) ini adalah meniru budaya China.
Malam Raya Malam Bertakbir


Alangkah indahnya masjid ini jika diiamarahka siang dan malam
Jumat, 02 Oktober 2009
Malam Tujuh Likor Ikut Hindu
Pelita Minyak Tanah malam Tujuh Likor
Ana teringat semasa ana di India, masyarakat yang berugama Hindu mengamalkan perkara yang sama bagi menyambut hari raya mereka iaitu Deepavali atau Dewali dan upacara keugamaan mereka. Bezanya ialah bentuk pelita sahaja. Deepavali atau Dewali bermakna ‘Pesta Cahaya’ adalah ajaran agama Hindu.
.
Pelita Minyak Tanah Deepavali
Jawa Jadid: Bagi ana, amalan begitu tinggalkanlah sahaja. Ini kerana ia adalah budaya agama Hindu (Rujuk: http://pkwr-anakbukit.blogspot.com/2008/10/mb-tegur-salah-amalan-raya-aidil-fitri.html) dan banyak lagi rujukan lain. Wallahuwa'lam...
Al Banjari: Tumpukanlah malam-malam tersebut kepada amalan yang lebih afdal sempena malam ‘Lailatul Qadr' spt qiamullail.