BLOG INI MENGANDUNGI KRITIKAN SOSIAL TERHADAP SEGELINTIR MASYARAKAT MELAYU MUSLIM TERMASUKLAH PERKARA-PERKARA KECIL YANG SEBELUM INI DISEDARI ATAU PUN TIDAK DISEDARI.

TEMAN SETIA BLOG INI:-

Jumat, 27 November 2009

Orang Melayu Takut Hantar Anak Belajar Agama Islam

Salam… bertemu kembali…Ana mohon maaf kepada semua kerana terlalu sebok dalam berbagai tugas dan urusan hingga sudah lama tidak dapat mengemaskinikan blog ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan pengunjung dan bloggers atas sokongan yang tidak pernah pudar. Bagi kiriman e-mail Insya Allah akan ana ambil tindakan dalam tempoh masa yang terdekat ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apabila bercerita fasal anak-anak, semua orang mengaku sayang kepada anak-anak. Anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan diberikan segala keperluan serta kemewahan semampunya. Pendidikan awal bermula dengan tadika dan pra-sekolah, kemudian anak-anak dihantar kesekolah dari tahun satu hingga ketingkatan yang tertinggi.

Pendidikan formal disekolah dirasakan tidak mencukupi untuk kejayaan anak-anak, lalu ditambah dengan tution, seminar kecemerlangan, kursus-kursus dan beberapa siri Sembahyang Hajat semata-mata untuk memastikan anak-anak mendapat kelulusan cemerlang iaitu 5A diperingkat UPSR, 8A diperingkat PMR, 11A1 diperingkat SPM dan seterusnya diperingkat yang lebih tinggi.

Kesemua ini dibuat bagi memastikan agar anak-anak terpilih melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, MRSM atau sekolah menengah terpilih yang lain. Begitu murni harapan ibu bapa, semata-mata untuk kejayaan anak-anak. Disamping kemurnian ini terlindung suatu kesilapan besar yang dilakukan oleh mereka dan akan membawa padah secara menyeluruh bermula dalam keluarga orang Melayu hinggalah kecorak pimpinan Negara Malaysia ini. Padah yang akan menimpa ialah keluarga dan seterusnya negara akan ditadbir menggunakan fikiran rasional dan bukan atas dasar hukum hakam yang di tentukan oleh Allah sebagai pencipta dan pemilik alam ini.

MRSM - Salah satu tumpuan tempat pembelajaran Orang Melayu Moden

Kini orang Melayu terlalu mementingkan kejayaan duniawi dan tidak mengindahkan keperluan ukhrowi. Puas hati ibu bapa apabila anak-anak berjaya masuk sekolah berasrama penuh atau MRSM. Mereka ini tidak pernah terfikir betapa perlunya anak-anak dimasukkan ke sekolah agama atau di berikan pendidikan agama yang secukupnya secara yang lebih formal.

Kebanyakan orang Melayu terlalu takut menghantar anak-anak masuk sekolah agama atau berlajar agama lebih mendalam. Ibu bapa takut kalau hantar anak-anak kesekolah agama, nanti tak dapat biasiswa, nanti gelap masa depan, nanti tak dapat kerja dan berbagai nanti yang buruk-buruk belaka. Mereka berfikiran begini kerana mereka pun tak pernah masuk sekolah agama, jadi tak nampak kebaikan dan keperluan bersekolah agama. Kadang-kadang ada ibu bapa nak hantar hantar anak-anak kesekolah agama tetapi tempat terhad, maklumlah sekolah agama dalam sesebuah negeri hanya ada berapa buah saja berbanding dengan sekolah menengah kebangsaan. Disekolah menengah atau MRSM bukan tak ada belajar agama, tetapi tidak memadai. Diperingkat IPT, kalau tak ambil bidang agama, memang tak belajar agama, kalau ada pun sekadar Tamaddun Islam.

Kebanyakan Orang Melayu buta sejarah pendidikan negara. Mereka lupa atau tak nampak bahawa sudah ramai pelajar terbaik peperiksaan PMR dan SPM adalah dari sekolah agama. Bilangan pelajar dari sekolah agama yang berjaya mengorak langkah ke menara gading juga tak terbilang ramainya. Memang ada pelajar dari sekolah agama yang gagal, tetapi sekurang-kurangnya mereka ada ilmu agama yang amat berguna untuk kehidupan akhirat kelak. Ada juga pelajar dari sekolah agama yang runtuh akhlaknya, tetapi mereka tahu sempadannya. Kalau anak Melayu dari sekolah agama ada yang runtuk akhlaknya, jelas yang bukan dari sekolah agama lagi ramai dan teruknya.

. Gambar hiasan : Bekas pelajar dari Maahad Muhammadi Kota Bahru, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, Pelajar Terbaik SPM 2008, mendapat 20A (19A1, 1A2)

Gambar hiasan: Bekas pelajar Sek. Men. Agama Al Khairiah Temerloh dan Penerima Anugerah Menteri Besar Pahang (10A1 SMA), Nur Fadhilah bt. Arshad (kiri sekali) kini belajar di Fakulti Perubatan dan Surgery Universiti Al Azhar, Mesir.

Kemelut ini bertambah kalut apabila dasar kerajaan sendiri yang hanya berusaha menambah sekolah menengah atau sekolah berasrama penuh sebanyak mungkin dan berbanding sekolah agama yang sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Ada Maahad Tahfiz tajaan kerajaan yang lebih bersifat seperti gajah putih kerana bangunan dan semua kelengkapan yang canggih tetapi menerima pelajar baru (tingkatan 1) lebih kurang 25 orang sahaja berbanding yang layak dan hadir temuduga ialah 300 orang lebih. Ini berbeza sekali dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan, yang layak semua dapat tempat belajar malah MB nya pernah menegaskan bahawa "Orang nak belajar agama, yang layak kita ambil semua, duit kita cari, tak cukup tempat ni kita bina tempat lain pula".

Dalam hal ini ada pula suara sumbang yang pernah terdengar oleh telinga ana sendiri diantaranya ialah “Buat apa bagi belajar agama, nanti jadi pembangkang”, “Ramai sangat Hafidz nak letak dimana?”, "Eleh belajar agama dimana-mana pun boleh belajar", Pandai agama pun jahat juga, yang penting ialah hati" dan "Eleh semua orang sama, nampak duit agama entah kemana". Ingatlah wahai saudara, kalau silap cakap batal aqidah saudara.

. Gambar hiasan: Bekas pelajar Sek. Men Agama Al-Khairiah, Temerloh, Muhammd Firdaus (no. 2 kiri), Pelajar Tahun 3 , Ijazah Undang-undang UITM, Shah Alam.

Wahai ibu bapa bangsa Melayu sekelian, jangan takut nak hantar anak-anak belajar agama Islam, kerana janji Allah ‘jika kita cari dunia, maka dapatlah dunia. Jika kita cari akhirat, Insya Allah kita akan dapat dunia dan akhirat”. Mulai sekarang hantarlah anak-anak belajar di sekolah agama. Memang betul sekolah agama banyak pelajaran yang perlu di pelajari tetapi banyaklah pula yang kita akan perolehi. Kalau di sekolah menengah belajar 10 mata pelajaran, disekolah agama 23 mata pelajaran.

Kalau nak dicatatkan kelebihan sekolah agama memang tak tercatat kerana banyak sangat tetapi sekadar perbandingan asas bolehlah dirujuk jadual dibawah ini:

Gambar hiasan: Bekas pelajar Sek. Men. Agama Simpang Lima, Selangor, Dr. Muhammed Anis bin Dr. Abd. Wahab, Kem. Kesihatan Malaysia, Putrajaya.
Jawajadid: Dulu sekolah Arab, Akademik tak belajar kecuali Ilmu Hisab. Ana merayu kepada kerajaan Negeri, Kerajaan Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri dan pihak swasta memperbanyakkan membina sekolah agama bagi memenuhi permintaan yang makin meningkat. Lupakan fasal pandangan politik.
Al Banjari: Jadilah Menteri – menteri Islam, – Jurutera – jurutera Islam, Polis – Polis Islam, Askar – askar Islam, Peniaga – peniaga Islam dan laksanakanlah undang-undang Islam dalam semua bidang.

2 komentar:

maiyah mengatakan...

salam..

sepatutnya kena lebihkan ajaran Islam tapi tgklah mrk mengejar nikmat dunia

mykrk mengatakan...

Salam,
Ana sokong sangat pandangan saudara. Anak-anak ana la ni pun ana hantar ke sekolah Hafiz dulu. Nak jadi apa pun nanti, hafal Qur'an dulu. Mudah-mudahan kelak menjadi profesional yang basah lidahnya dengan Qur'an juga taat kepada ajaran agama.

Anak2 sekolah hafiz, kami yang terkena tempiasnya - murah rezeki, tapi itu bukanlah tujuan utama, sekadar berkongsi sesungguhnya rezeki kita sudah tertulis. Usah bimbang, rezeki yang telah tertulis nama kita TIDAK AKAN diambil oleh orang lain. Jangan takut anak belajar al-Qur'an nanti takde kerja, tak makan.....