Tahniah dan Selamat Menyambut Menantu ana ucapkan kepada ibu bapa yang baru mengadakan majlis kenduri pengantin untuk anak-anak mereka. Setiap perkara yang kita lakukan tidak terlepas melalui salah satu hukum samada wajib, sunat, makruh, haram atau harus. Ada dikalangan ibu bapa yang mengadakan majlis kenduri kahwin samada sedar atau tidak telah melakukan beberapa perkara maksiat iaitu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.


Persandingan Mukmin sejati. Tiada pelamin, tiada pembaziran & tiada maksiat. (Gambar hiasan persandingan dua Tokoh Akademik yang berjaya tetapi tetap bahagia).
Kesilapan terbesar ialah upacara Persandingan Pengantin Baru yang ditontonkan kepada orang ramai. Ketika inilah banyak berlaku fitnah serta suara-suara sumbang yang mendatang dosa mengumpat kepada yang hadir. Diantara ucapan yang terdengar ialah ‘pendeklah pengantin tu’, ‘Pengantin tua’, Tebalnya cat… kalau kena cat, tunggul pun cantik’ dll.

Tiada persandingan, tiada pelamin, tiada maksiat mengikut tuntutan Islam. (Gambar hiasan pasangan dua Tokoh Akademik yg berjaya dan bahagia)

Upacara persandingan sebegini rupa sebenarnya adalah meniru ajaran agama Hindu. Bermake-up berejam-rejam dari hujung rambut hingga ke kaki adalah amalan pengantin beragama Hindu. Zaman telah berubah, kalau dulu Mak Andam adalah perempuan, tetapi kini Mak Andam ramai terdiri daripada ‘Kaum Lelaki Lembut’ dan ada yang memanggil ‘Abang Andam’. Proses make-up pengantin ‘luar dan dalam’ memakan masa panjang, ada yang sampai tiga atau empat jam. Sipengantin perempuan sanggup mendedahkan segala-segalanya kepada ‘Abang Andam’, yang penting orang pandang cantik. Ini nak kira dosa apa pula?
Semasa bersanding, kedua mempelai dirinjis dengan air mawar dan ditabur dengan tepung tawar. Ikut siapa ni? Ustaz mana yang mengajar ni? Ada ibu pengantin bagi tahu ana kesemua ini untuk menyerikan lagi simempelai dan bagi bau wangi. Nak berseri bukan ini caranya. Biarlah berseri dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi kerana serinya iman dan taqwa berkekalan tak macam serinya tepung tawar. Kalau nak wangi, ini hanya helah semata-mata kerana kedua-dua mempelai telah dilumuri dengan berbotol-botol minyak wangi, jadi nak wangi macam mana lagi?
.
Pertunjukan kumpulan muzik mengundang banyak maksiat
Nak bersanding pula kena ada pelamin dan segala peralatan yang sewaktu dengannya. Kesemua ini kena sewa, bukan free. Perbelanjaan ini termasuklah dalam golongan membazir. Membazir pula adalah kawan Syaitan.

Joget lambak disebelah malam lagi besar maksiat. Ada juga majlis kenduri kahwin ini di selitkan dengan pertandingan Karaoke. Waktu inilah orang tua, muda, lelaki dan perempuan nak tunjuk bakat. Nak menyanyi juga lagi. Kalau dah menyanyi kena berjoget, kalau berjoget kena berpasangan, kalau berpasangan yang bukan mahram kena laknat oleh Allah.
Walimatul urus hukumnya Sunat Muakkad. Tetamu turut menutup aurat dan tiada percampuran lelaki & perempuan bukan mahram
Al Banjari: Dalam perkahwinan, ijab dan qobul adalah wajib dan walimatulurus adalah sunat muaqqad. Jadi selesaikan yang wajib, buatlah yang sunat mengikut kehendak agama Islam itu sendiri. Jangan sesekali menambah-nambah atau meniru-niru perbuatan orang-orang kafir. Biarlah mereka dengan cara mereka, kita dengan cara yang diizinkan Allah sahaja. Elakkan buat yang sunat mengundang yang haram dan maksiat. Kalau nak berlagu, undanglah kumpulan Nasyid, barulah berkumandang suara keimanan. Wallahuwa’lam…
4 komentar:
salam
wa nak komen, tapi xder pulak hujah2 nyer ~ just tajuk besar ni je ke?
mmm ... tp mmg ada benarnya.
>____<
Datang menziarahi anda
kan lebih baik wat yg wajib jer :)
Salam. Orang melayu suka melakukan pelbagai tambahan adat dalam melakukan amalan mereka. Maka seringlah terjadi pelbagai perkara yg melepasi batas syariat. Belanja kahwin yg mahal dan majlis besar-besaran dibuat. Dan kahwin dua bulan sudah berlaku cerai mencerai.
Posting Komentar