BLOG INI MENGANDUNGI KRITIKAN SOSIAL TERHADAP SEGELINTIR MASYARAKAT MELAYU MUSLIM TERMASUKLAH PERKARA-PERKARA KECIL YANG SEBELUM INI DISEDARI ATAU PUN TIDAK DISEDARI.

TEMAN SETIA BLOG INI:-

Sabtu, 03 Oktober 2009

Malam Raya Malam Bertakbir

Di kampong ‘Embah’ ana, malam raya dikenali sebagai ‘Malam Takbiran’. Kemeriahan malam ini jelas apabila umat Muslimin tua dan muda berkumpul di masjid sambil bertakbir beramai-ramai. Kalimat memuji kebesaran Ilahi bergema di setiap masjid disini hingga kepagi dan berakhir dengan Sembahyang Sunat I’dul Fitri. Suasana kesepian malam dan keheningan Subuh dipecahkan dengan laungan ‘Takbir Raya’ bersahut-sahutan dari masjid sekeliling membuat air mata ana mencurah-curah kesayuan.
. Sungguh rugi masjid seindah ini sepi di malam raya...
Disuatu malam raya di Malaysia ana dan sahabat telah bersiap sedia dan pergi kemasjid lebih kurang jam 10.30malam untuk bertakbir raya, sesampai disana didapati pintu masjid berkunci rapat. Kemudian kami cuba kemasjid yang lain dan suasana yang sama berlaku, lalu kami pulang bertakbir bersendirian.
.

Alangkah indahnya masjid ini jika diiamarahka siang dan malam

. Jawa Jadid: Hari raya adalah hari kemenangan dimana bertakbir beramai-ramai memuji kebesaran Ilahi sangat dituntut oleh agama Islam. Apabila masjid dikunci dan tiada perancangan untuk menghidupkan malam tersebut bermakna suatu kerugian bagi umat Muslimin. Suasana yang sepatutnya meriah jadi muram. Dimana silapnya…
Al Banjari: AJK Masjid jangan tidur, susun agenda yang menarik, jemput jamaah hadir beramai-ramai dan bertakbirlah hingga selesai Solat Sunat Idul Fitri

Tidak ada komentar: