BLOG INI MENGANDUNGI KRITIKAN SOSIAL TERHADAP SEGELINTIR MASYARAKAT MELAYU MUSLIM TERMASUKLAH PERKARA-PERKARA KECIL YANG SEBELUM INI DISEDARI ATAU PUN TIDAK DISEDARI.

TEMAN SETIA BLOG INI:-

Jumat, 16 Oktober 2009

Orang Melayu Salah Berguru

Hampir semua rumah orang Melayu dinegara ini mepunyai kelengkapan radio dan TV. Radio dan TV dinegara ini merupakan sumber maklumat utama dan ditambah pula dengan Astro serta surat khabar seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Selain dari itu maklumat terpenting diperolehi oleh setiap rakyat Malaysia ialah melalui sistem yang formal iaitu sistem persekolahan hingga ke IPT. .

Radio Malaysia guru Orang Melayu

Orang Melayu banyak menghabiskan masa dirumah dengan mendengar radio, menonton TV dan membaca surat khabar tadi. Liputan kesemua media massa ini merangkumi semua bidang. Oleh kerana kebanyakan orang Melayu banyak menghabiskan masa dengan cara ini menyebabkan mereka terlalu taksub terhadap kesemua media massa ini. Mereka akan percaya 100 % terhadap apa yang disampaikan oleh media massa ini sehingga menjadikannya sebagai guru dan tempat rujukan dalam semua hal.
Diantara rancangan TV yang 'digilai' oleh ramai orang Melayu

Kesan daripada sikap ini telah melahirkan ramai orang Melayu yang dikategorikan sebagai ‘salah berguru’. Radio dan TV terlalu banyak menyiarkan rancangan hiburan telah menyebabkan orang Melayu hayal dengan hiburan. Dalam setahun lebih kurang dua belas pertandingan nyanyian diperingkat nasional yang kebanyakannya disiarkan dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Ramai tokoh-tokoh penghibur telah dilahirkan dan menjadi ikutan, idola dan guru kepada golongan ini. .

Diantara artis yang menjadi idola orang Melayu.

Seorang Dr. Falsafah Islam, Professor, Al Hafiz dan bergelar Datuk, di gam oleh radio & TV. sepatunya ini lah guru dan idola kita

Ada tokoh-tokoh tertentu yang keudara melalui radio, TV atau akhbar bercakap sesuatu yang bukan bidangnya tetapi dijadikan pegangan dan ikutan. Contohnya ramai orang yang cetek ilmu agama tetapi keudara bercakap fasal agama, maka hujah mereka dijadikan panduan dan pegangan hidup harian. Para ‘ulama’ yang mungkin berlainan fahaman politik digam daripada keudara, malah mereka ini dianggap sesat dan ditentang habis-habisan. Sudah ramai orang Melayu berani mentafsirkan Al Quran mengikut hukum aqli tetapi tetap jadi ikutan ramai. Sebaliknya ‘ulama’ dinafikan ilmunya.

Apa yg mereka lakukan dan ucapkan tak pernah salah?
Kabanyakan orang Melayu menerima bulat apa yang disiarkan melalui media massa tersebut tanpa berfikir terlebih dahulu. Ramai yang hanya mendengar radio, menonton TV dan membaca akhbar sanggup mencaci ulama dan menganggap sebagai ulama sesat dan pemecahbelah rakyat. Oleh kerana media massa ini mengutamakan hiburan dan berat sebelah, maka lahirlah masyarakat Melayu yang salah berguru dan berfikiran pasif dan negatif.
.

Contoh surat khabar kesayangan orang Melayu Dari sudut yang bebeza ada juga berlaku penyembunyian dan putar belit fakta disiarkan. Banyak perkara yang sepatutnya disiarkan tetapi tak nampak bayang pun. Sebagai contoh sejak pemerintahan PAS di Kelantan, dikatakan tidak ada sebarang kemajuan, sedangkan kalau kita pergi sendiri ke Kelantan boleh nampak terlalu banyak kemajuan telah dibuat malah meliputi meliputi semua bidang.

.
Contoh surat khabar kepercayaan Orang Melayu
Fakta yang diputar belit pula menjadikan yang baik itu buruk dan sebalik yang buruk itu baik. Sebagai contoh kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang dikatakan kerana kelemahan Kerajaan Pakatan Rakyat(PR), padahal PR baru memerintah setahun jagung dan kemiskinan itu sudah bertapak selama Barisan Nasional Memerintah. Akadah kemiskinan itu datang tiba-tiba, rumah dulu banglow bertukar jadi pondok? Fakta-fakta yang sebegini rupa menyebabkan orang Melayu salah menilai dan meninggalkan banyak kesan negatif.
Jawa Jadid: Tidak dinafikan banyak juga kebaikan dan ketepatan fakta yang disiarkan melalui media massa tersebut tetapi yang buruk tak kurang juga. Jadi sebaiknya orang Melayu carilah alternatif yang lain yang membolehkan orang Melayu dapat membezakan kebenaran sesuatu fakta yang disiarkan. Bacalah akhbar akhbar Harakah, Siasah dan sebagainya. Layarilah blog-blog melalui internet. Janganlah tinggalkan kuliah-kuliah agama dimasjid dan surau.
Al Banjari: Ana nampak orang Melayu yang berguru kepada radio, TV dan akhbar telah sesat lagi menyesatkan. Sedarlah wahai bangsaku, sesungguhnya hiburan itu maksiat. Jauhilah dari maksiat, mata, telinga dan lain-lain. Carilah idola atau ikutan orang-orang yang bertaqwa, beriman dan beramal solih kepada Allah, bukan manusia yang meloncat-loncat mendedahkan aurat. Bergurulah pada manusia yang berilmu. Bergurulah secara ikhlas. Gunalah akal sebelum menerima sesuatu. Wallahuwa’lam

2 komentar:

siti ajar bt yaakob mengatakan...

salam online
Saya amat bersetuju dengan pendapat anda..orang Melayu sudah sebati dengan hiburan. Silapnya dimana? Tolong semak diri sendiri...adakah kita dan keluarga kita tidak tergolong dalam kalangan begitu...itulah langkah pertama untuk mengurangkan budaya berhibur...mainkan peranan kita.

MARI&GEO IN BUCATARIE mengatakan...

wonderful blog..