BLOG INI MENGANDUNGI KRITIKAN SOSIAL TERHADAP SEGELINTIR MASYARAKAT MELAYU MUSLIM TERMASUKLAH PERKARA-PERKARA KECIL YANG SEBELUM INI DISEDARI ATAU PUN TIDAK DISEDARI.

TEMAN SETIA BLOG INI:-

Sabtu, 09 Juli 2011

HANYA KOTOR BENCIKAN BERSIH

Sudah lama sungguh ana tidak menulis. Ini kerana kesebokan tugas harian. Hari ini menjadi kewajipan ana menulis sebagai respon kepada issu semasa yang sangat penting sebagai peringatan Allah kepada hambanya yang telah jauh terpesong.

Baru sekejap tadi ana di masjid Abu Bakar Temerloh terdengar suatu pertanyaan daripada seorang jamaah cilik (lebih kurang 5 tahun) yang bertanya kepada bapanya “Bah, kenapa polis tangkap orang bersih?” Belum pun sempat sibapa menjawab, sianak menjawab sendiri soalannya tadi “Sebab polis kotor kan bah, hanya orang kotor tidak sukakan orang bersih kan bah!” Ya…Ya…Ya… jawab sibapa dengan nada yang agak gagap. Tidak habis setakat itu, sianak menambah lagi “Polis jahat kan bah, sebab dia hanya tangkap orang bersih tapi tak berani tangkap orang kotor kan bah” Ya… Ya…Ya…

Mendengar soalan tadi ana teringat soalan yang lebih kurang sama telah ditanyakan oleh seorang anak kecil kepada datuknya disebuah pasaraya 3 hari yang lepas. Di Malaysia kini merata-rata orang memperkatakan tentang ‘Bersih’ malah ‘Bersih” ini telah terkenal ke seantero dunia. Melalui Bersih 2.0 dunia telah nampak Polis Di Raja Malaysia bersikap ganas terhadap rakan sebangsa dan seagama dengan mereka. Banyak cerita, gambar , video dan sebagainya boleh dilayari diberbagai blog.

Dalam blog ini ana hanya nak tunjukkan sedikit maklumat dan gambar sambutan Bersih 2.0 di luar negara sebagai bukti bahawa Bersih 2.0 kini telah merebak di peringkat global. Diantaranya ialah seperti berikut:-

video
Bersih 2.0 di London
Bersih 2.0 di Osaka, Jepun
Pra Bersih 2.0 di Mesir
Bersih 2.0 di Melbourne
Bersih 2.0 di Perth
Bersih 2.0 di Canberra
Bersih 2.0 di Hong Kong
Bersih 2.0 di Adelaide
Bersih 2.0 di Taipei
Jawa Jadid : Jika budak cilik boleh membezakan diantara 'BERSIH' dan "KOTOR", Insya Allah sibapa juga dapat menilai dengan penuh keimanan. Yang malangnya ialah "SIDATOK" yang telah berkarat dengan yang lama walau pun yang lama itu sudah ternyata sesat lagi menyesatkan. Al-Banjari: Bersama-samalah kita amalkan Doa Qunut Nazilah iaitu:-

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Rabu, 17 November 2010

HARI RAYA EIDUL ADHA JATUH SELEPAS DUA HARI WUKUF

Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha, selamat menunaikan ibadah haji dan kurban. Semoga mendapat haji yang mabrur dan diterima Allah ibadah kita mengikut apa yang kita hajatkan. Selamat bertemu kembali rakan-rakan pengunjung blog ana. Begitu lama ana tidak menulis kerana kesebukan tugas harian.

Menjelang Hari Raya Eidul Adha ini ramai kawan-kawan bertanya: Inta bila raya? Inta ikut mazhab mana? Tarikh Hari Raya Eidul Adha dah bertukar ke? Ajaran mana Hari Raya Eidul Adha disambut selepas dua hari wukuf? Macam-macam lagi.

Dunia melanium penuh kecanggihan menjadikan berita tersebar secepat kilat. Maklumat tepat dan padat dapat disalurkan keseluruh dunia dalam sekelip mata. Pada 15 November 2010 / 9 Zulhijjah 1431H(Isnin) seluruh dunia mengetahui bahawa pada hari itu adalah tarikh Wukuf di Arofah, Semua Jamaah Haji telah mabit di Arofah. Keesokan harinya Jamaah Haji singgah di Muzalifah untuk ke Mina. Berita ini tersebar keseluruh dunia dan disiarkan melalui surat khabar, TV, radio, internet dan sebagainya. Rakyat Malaysia juga dapat berita yang sama melalui pelbagai mass media yang ada.

Gambar Hiasan: Wukuf di Arofah

Bagi fakir miskin dan orang-orang Islam yang tidak dapat mengerjakan ibadah Haji akan menyambut Hari Raya Eidul Adha pada 16 November 2010 / 10 Zulhijjah 1431H. Alhamdulillah seluruh umat Islam di dunia ini telah menyambut Eidul Adha 1431H pada 16 November 2010 / 10Zulhijjah 1431H (Selasa) atau satu hari selepas Wukuf di Arofah. Gambar Hiasan: Diantara umat Islam di Malaysia selepas menunaikan Sembahyang Sunat Eidul Adha pada 17 November 2010.

Menjadi tanda tanya rakan-rakan ana mengapa Malaysia menyambut Hari raya Eidul Adha pada 17 November 2010 / 11 Zulhijjah atau 2 hari selepas Wukuf di Arofah. Ada juga yang mengaitkan dengan hukum ‘HALAL’ judi untuk ‘Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 2010’.

Ada pula soalan ‘cepumas’: Kalau judi bola sepak ramai yang melenting dan menunjukkan sikap memprotes tetapi mengapa isu ini kesemuanya membisu? Apakah hukum berpuasa sunat pada Hari Raya Eidul Adha / 9 Zulhijjah. Bagaimana pula dengan korban yang dilakukan pada hari Jumaat / 14 Zulhijjah. Mengapakah kalendar Hijrah di Malaysia lewat sehari dengan Negara-negara lain didunia ini?

Gambar Hiasan : Diantara binatang ternakan untuk ibadah kurban pada tahun ini

Persoalan ini ana harap dapat difikirkan dan tangani bersama oleh semua umat Islam di Malaysia dengan berpandukan Nas bukan mengikut hukum akal fikiran serta hukum lojik manusia sahaja. Ada yang berkata kita jangan ikut Arab saudi - betul kita tak ikut Arab Saudi atau mana-mana negara lain - tetapi janganlah pula ikut akal sendiri. KENALAH FAHAM, KITA SEPATUT MENYAMBUT EIDIL ADHA SEHARI SELEPAS WUKUF IAITU PADA 16 NOVEMBER (SELASA). Ini TIDAK bermakna kita ikut Arab Saudi tetapi kerana ikut Rasul saw yang menyambut Eidul Adha sehari selepas wukuf.

Jawajadid: Hari Raya Eidul Adha seperti dijelas olah Rasulullah salah satu daripada ‘…eidul fukoro’ wal masakin…’ adalah hari kegembiraan bagi orang-orang fakir dan miskin serta orang-orang Islam yang tidak dapat mengerjakan ibadah Haji (atas berbagai sebab). Rasulullah menyambutnya sehari selepas wukuf / 10 Zulhijjah disamping orang-orang fakir dan miskin bergembira kerana dapat sedekah dan daging korban.

Al Banjari: Ana ikut Rasulullah seperti mengikut Rasulullah dalam semua hal termasuklah cara mengerjakan solah. Ikut apa yang Rasulullah buat dan tinggalkan apa yang Rasulullah tak buat.

Selasa, 03 Agustus 2010

RAKAN SEPERJUANGAN YANG DIMULIAKAN

Salam pertemuan. Ana mohon jutaan maaf kerana sudah begitu lama tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan tugas harian. Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung kerana singgah ke blog ini, kepada semua yang mengirimkan email dan kepada semua yang sama waktu dengannya. Insya Allah jika diizinkan Ilahi blog ini akan dikemaskinikan sedikit masa lagi, wallahuwa'lam.

Sabtu, 19 Desember 2009

Petikan Rakan Blogger 'kulaan kayuh baimbai' (http://www.kulaan2u.blogspot.com/)

Siri Posting... NEED ALL HELP..!!!!Salam To All My Friends.. ANYBODY SEE HER??.. IF ONE OF U SEE HER PLEASE CALL THE NUMBER ON THE PHOTO.. PLEASE..PLEASE.. BANTULAH KELUARGANYA SEDAYA YANG BOLEH.... INSYALLAH.... dengan sedikit bantuan yg kita hulurkan mngkin akan dapat menyelamatkan gadis ini... HARI INI HARI MEREKA... SEBARKAN GAMBAR INI... MAY ALLAH SAVE THE GIRL...

Jumat, 27 November 2009

Orang Melayu Takut Hantar Anak Belajar Agama Islam

Salam… bertemu kembali…Ana mohon maaf kepada semua kerana terlalu sebok dalam berbagai tugas dan urusan hingga sudah lama tidak dapat mengemaskinikan blog ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan pengunjung dan bloggers atas sokongan yang tidak pernah pudar. Bagi kiriman e-mail Insya Allah akan ana ambil tindakan dalam tempoh masa yang terdekat ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apabila bercerita fasal anak-anak, semua orang mengaku sayang kepada anak-anak. Anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan diberikan segala keperluan serta kemewahan semampunya. Pendidikan awal bermula dengan tadika dan pra-sekolah, kemudian anak-anak dihantar kesekolah dari tahun satu hingga ketingkatan yang tertinggi.

Pendidikan formal disekolah dirasakan tidak mencukupi untuk kejayaan anak-anak, lalu ditambah dengan tution, seminar kecemerlangan, kursus-kursus dan beberapa siri Sembahyang Hajat semata-mata untuk memastikan anak-anak mendapat kelulusan cemerlang iaitu 5A diperingkat UPSR, 8A diperingkat PMR, 11A1 diperingkat SPM dan seterusnya diperingkat yang lebih tinggi.

Kesemua ini dibuat bagi memastikan agar anak-anak terpilih melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, MRSM atau sekolah menengah terpilih yang lain. Begitu murni harapan ibu bapa, semata-mata untuk kejayaan anak-anak. Disamping kemurnian ini terlindung suatu kesilapan besar yang dilakukan oleh mereka dan akan membawa padah secara menyeluruh bermula dalam keluarga orang Melayu hinggalah kecorak pimpinan Negara Malaysia ini. Padah yang akan menimpa ialah keluarga dan seterusnya negara akan ditadbir menggunakan fikiran rasional dan bukan atas dasar hukum hakam yang di tentukan oleh Allah sebagai pencipta dan pemilik alam ini.

MRSM - Salah satu tumpuan tempat pembelajaran Orang Melayu Moden

Kini orang Melayu terlalu mementingkan kejayaan duniawi dan tidak mengindahkan keperluan ukhrowi. Puas hati ibu bapa apabila anak-anak berjaya masuk sekolah berasrama penuh atau MRSM. Mereka ini tidak pernah terfikir betapa perlunya anak-anak dimasukkan ke sekolah agama atau di berikan pendidikan agama yang secukupnya secara yang lebih formal.

Kebanyakan orang Melayu terlalu takut menghantar anak-anak masuk sekolah agama atau berlajar agama lebih mendalam. Ibu bapa takut kalau hantar anak-anak kesekolah agama, nanti tak dapat biasiswa, nanti gelap masa depan, nanti tak dapat kerja dan berbagai nanti yang buruk-buruk belaka. Mereka berfikiran begini kerana mereka pun tak pernah masuk sekolah agama, jadi tak nampak kebaikan dan keperluan bersekolah agama. Kadang-kadang ada ibu bapa nak hantar hantar anak-anak kesekolah agama tetapi tempat terhad, maklumlah sekolah agama dalam sesebuah negeri hanya ada berapa buah saja berbanding dengan sekolah menengah kebangsaan. Disekolah menengah atau MRSM bukan tak ada belajar agama, tetapi tidak memadai. Diperingkat IPT, kalau tak ambil bidang agama, memang tak belajar agama, kalau ada pun sekadar Tamaddun Islam.

Kebanyakan Orang Melayu buta sejarah pendidikan negara. Mereka lupa atau tak nampak bahawa sudah ramai pelajar terbaik peperiksaan PMR dan SPM adalah dari sekolah agama. Bilangan pelajar dari sekolah agama yang berjaya mengorak langkah ke menara gading juga tak terbilang ramainya. Memang ada pelajar dari sekolah agama yang gagal, tetapi sekurang-kurangnya mereka ada ilmu agama yang amat berguna untuk kehidupan akhirat kelak. Ada juga pelajar dari sekolah agama yang runtuh akhlaknya, tetapi mereka tahu sempadannya. Kalau anak Melayu dari sekolah agama ada yang runtuk akhlaknya, jelas yang bukan dari sekolah agama lagi ramai dan teruknya.

. Gambar hiasan : Bekas pelajar dari Maahad Muhammadi Kota Bahru, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, Pelajar Terbaik SPM 2008, mendapat 20A (19A1, 1A2)

Gambar hiasan: Bekas pelajar Sek. Men. Agama Al Khairiah Temerloh dan Penerima Anugerah Menteri Besar Pahang (10A1 SMA), Nur Fadhilah bt. Arshad (kiri sekali) kini belajar di Fakulti Perubatan dan Surgery Universiti Al Azhar, Mesir.

Kemelut ini bertambah kalut apabila dasar kerajaan sendiri yang hanya berusaha menambah sekolah menengah atau sekolah berasrama penuh sebanyak mungkin dan berbanding sekolah agama yang sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Ada Maahad Tahfiz tajaan kerajaan yang lebih bersifat seperti gajah putih kerana bangunan dan semua kelengkapan yang canggih tetapi menerima pelajar baru (tingkatan 1) lebih kurang 25 orang sahaja berbanding yang layak dan hadir temuduga ialah 300 orang lebih. Ini berbeza sekali dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan, yang layak semua dapat tempat belajar malah MB nya pernah menegaskan bahawa "Orang nak belajar agama, yang layak kita ambil semua, duit kita cari, tak cukup tempat ni kita bina tempat lain pula".

Dalam hal ini ada pula suara sumbang yang pernah terdengar oleh telinga ana sendiri diantaranya ialah “Buat apa bagi belajar agama, nanti jadi pembangkang”, “Ramai sangat Hafidz nak letak dimana?”, "Eleh belajar agama dimana-mana pun boleh belajar", Pandai agama pun jahat juga, yang penting ialah hati" dan "Eleh semua orang sama, nampak duit agama entah kemana". Ingatlah wahai saudara, kalau silap cakap batal aqidah saudara.

. Gambar hiasan: Bekas pelajar Sek. Men Agama Al-Khairiah, Temerloh, Muhammd Firdaus (no. 2 kiri), Pelajar Tahun 3 , Ijazah Undang-undang UITM, Shah Alam.

Wahai ibu bapa bangsa Melayu sekelian, jangan takut nak hantar anak-anak belajar agama Islam, kerana janji Allah ‘jika kita cari dunia, maka dapatlah dunia. Jika kita cari akhirat, Insya Allah kita akan dapat dunia dan akhirat”. Mulai sekarang hantarlah anak-anak belajar di sekolah agama. Memang betul sekolah agama banyak pelajaran yang perlu di pelajari tetapi banyaklah pula yang kita akan perolehi. Kalau di sekolah menengah belajar 10 mata pelajaran, disekolah agama 23 mata pelajaran.

Kalau nak dicatatkan kelebihan sekolah agama memang tak tercatat kerana banyak sangat tetapi sekadar perbandingan asas bolehlah dirujuk jadual dibawah ini:

Gambar hiasan: Bekas pelajar Sek. Men. Agama Simpang Lima, Selangor, Dr. Muhammed Anis bin Dr. Abd. Wahab, Kem. Kesihatan Malaysia, Putrajaya.
Jawajadid: Dulu sekolah Arab, Akademik tak belajar kecuali Ilmu Hisab. Ana merayu kepada kerajaan Negeri, Kerajaan Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri dan pihak swasta memperbanyakkan membina sekolah agama bagi memenuhi permintaan yang makin meningkat. Lupakan fasal pandangan politik.
Al Banjari: Jadilah Menteri – menteri Islam, – Jurutera – jurutera Islam, Polis – Polis Islam, Askar – askar Islam, Peniaga – peniaga Islam dan laksanakanlah undang-undang Islam dalam semua bidang.

Kamis, 29 Oktober 2009

AWARD TEMAN SETIA BLOG

Ana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan
terima kasih kepada semua Followers yg sudi menjadi 'Teman
Setia Blog' ini. Sempena 'Sambutan Genap Sebulan ' pada
30-10-09, ana menjemput semua Followers menerima
AWARD 'Teman Setia Blog' sebagai penghargaan
ana atas komitment ente semua. Semadikan
Award ini kedalam blog ente sebagai
tanda kesudian ente menerimanya.
Jazakumullahu khairan jazak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.

Jumat, 16 Oktober 2009

Orang Melayu Salah Berguru

Hampir semua rumah orang Melayu dinegara ini mepunyai kelengkapan radio dan TV. Radio dan TV dinegara ini merupakan sumber maklumat utama dan ditambah pula dengan Astro serta surat khabar seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Selain dari itu maklumat terpenting diperolehi oleh setiap rakyat Malaysia ialah melalui sistem yang formal iaitu sistem persekolahan hingga ke IPT. .

Radio Malaysia guru Orang Melayu

Orang Melayu banyak menghabiskan masa dirumah dengan mendengar radio, menonton TV dan membaca surat khabar tadi. Liputan kesemua media massa ini merangkumi semua bidang. Oleh kerana kebanyakan orang Melayu banyak menghabiskan masa dengan cara ini menyebabkan mereka terlalu taksub terhadap kesemua media massa ini. Mereka akan percaya 100 % terhadap apa yang disampaikan oleh media massa ini sehingga menjadikannya sebagai guru dan tempat rujukan dalam semua hal.
Diantara rancangan TV yang 'digilai' oleh ramai orang Melayu

Kesan daripada sikap ini telah melahirkan ramai orang Melayu yang dikategorikan sebagai ‘salah berguru’. Radio dan TV terlalu banyak menyiarkan rancangan hiburan telah menyebabkan orang Melayu hayal dengan hiburan. Dalam setahun lebih kurang dua belas pertandingan nyanyian diperingkat nasional yang kebanyakannya disiarkan dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Ramai tokoh-tokoh penghibur telah dilahirkan dan menjadi ikutan, idola dan guru kepada golongan ini. .

Diantara artis yang menjadi idola orang Melayu.

Seorang Dr. Falsafah Islam, Professor, Al Hafiz dan bergelar Datuk, di gam oleh radio & TV. sepatunya ini lah guru dan idola kita

Ada tokoh-tokoh tertentu yang keudara melalui radio, TV atau akhbar bercakap sesuatu yang bukan bidangnya tetapi dijadikan pegangan dan ikutan. Contohnya ramai orang yang cetek ilmu agama tetapi keudara bercakap fasal agama, maka hujah mereka dijadikan panduan dan pegangan hidup harian. Para ‘ulama’ yang mungkin berlainan fahaman politik digam daripada keudara, malah mereka ini dianggap sesat dan ditentang habis-habisan. Sudah ramai orang Melayu berani mentafsirkan Al Quran mengikut hukum aqli tetapi tetap jadi ikutan ramai. Sebaliknya ‘ulama’ dinafikan ilmunya.

Apa yg mereka lakukan dan ucapkan tak pernah salah?
Kabanyakan orang Melayu menerima bulat apa yang disiarkan melalui media massa tersebut tanpa berfikir terlebih dahulu. Ramai yang hanya mendengar radio, menonton TV dan membaca akhbar sanggup mencaci ulama dan menganggap sebagai ulama sesat dan pemecahbelah rakyat. Oleh kerana media massa ini mengutamakan hiburan dan berat sebelah, maka lahirlah masyarakat Melayu yang salah berguru dan berfikiran pasif dan negatif.
.

Contoh surat khabar kesayangan orang Melayu Dari sudut yang bebeza ada juga berlaku penyembunyian dan putar belit fakta disiarkan. Banyak perkara yang sepatutnya disiarkan tetapi tak nampak bayang pun. Sebagai contoh sejak pemerintahan PAS di Kelantan, dikatakan tidak ada sebarang kemajuan, sedangkan kalau kita pergi sendiri ke Kelantan boleh nampak terlalu banyak kemajuan telah dibuat malah meliputi meliputi semua bidang.

.
Contoh surat khabar kepercayaan Orang Melayu
Fakta yang diputar belit pula menjadikan yang baik itu buruk dan sebalik yang buruk itu baik. Sebagai contoh kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang dikatakan kerana kelemahan Kerajaan Pakatan Rakyat(PR), padahal PR baru memerintah setahun jagung dan kemiskinan itu sudah bertapak selama Barisan Nasional Memerintah. Akadah kemiskinan itu datang tiba-tiba, rumah dulu banglow bertukar jadi pondok? Fakta-fakta yang sebegini rupa menyebabkan orang Melayu salah menilai dan meninggalkan banyak kesan negatif.
Jawa Jadid: Tidak dinafikan banyak juga kebaikan dan ketepatan fakta yang disiarkan melalui media massa tersebut tetapi yang buruk tak kurang juga. Jadi sebaiknya orang Melayu carilah alternatif yang lain yang membolehkan orang Melayu dapat membezakan kebenaran sesuatu fakta yang disiarkan. Bacalah akhbar akhbar Harakah, Siasah dan sebagainya. Layarilah blog-blog melalui internet. Janganlah tinggalkan kuliah-kuliah agama dimasjid dan surau.
Al Banjari: Ana nampak orang Melayu yang berguru kepada radio, TV dan akhbar telah sesat lagi menyesatkan. Sedarlah wahai bangsaku, sesungguhnya hiburan itu maksiat. Jauhilah dari maksiat, mata, telinga dan lain-lain. Carilah idola atau ikutan orang-orang yang bertaqwa, beriman dan beramal solih kepada Allah, bukan manusia yang meloncat-loncat mendedahkan aurat. Bergurulah pada manusia yang berilmu. Bergurulah secara ikhlas. Gunalah akal sebelum menerima sesuatu. Wallahuwa’lam

Minggu, 11 Oktober 2009

Majlis Kenduri Kahwin Orang Melayu Penuh Maksiat

Tahniah dan Selamat Menyambut Menantu ana ucapkan kepada ibu bapa yang baru mengadakan majlis kenduri pengantin untuk anak-anak mereka. Setiap perkara yang kita lakukan tidak terlepas melalui salah satu hukum samada wajib, sunat, makruh, haram atau harus. Ada dikalangan ibu bapa yang mengadakan majlis kenduri kahwin samada sedar atau tidak telah melakukan beberapa perkara maksiat iaitu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

.Ijab & Qobul hukumnya Wajib. Pastikan Juru Nikah, Wali & Saksi tidak fasiq
Kesilapan awal berlaku selepas Majlis Akad Nikah. Selepas akad, pengantin lelaki pergi menyarungkan cincin dijari pengantin perempuan. Ini OK lah. Tapi lepas tu macam dah tak sabar-sabar pengantin lelaki mencium dahi atau dimana dia suka pengantin perempuan dikhalayak ramai. Yang hadir ketawa berdekah-dekah seronok. Ana tak nampak dimana lucu atau seronoknya. Ini tak ubah macam majlis perkahwinan orang Yahudi dan Kristian.
.

Persandingan Mukmin sejati. Tiada pelamin, tiada pembaziran & tiada maksiat. (Gambar hiasan persandingan dua Tokoh Akademik yang berjaya tetapi tetap bahagia).

Kesilapan terbesar ialah upacara Persandingan Pengantin Baru yang ditontonkan kepada orang ramai. Ketika inilah banyak berlaku fitnah serta suara-suara sumbang yang mendatang dosa mengumpat kepada yang hadir. Diantara ucapan yang terdengar ialah ‘pendeklah pengantin tu’, ‘Pengantin tua’, Tebalnya cat… kalau kena cat, tunggul pun cantik’ dll.

Tiada persandingan, tiada pelamin, tiada maksiat mengikut tuntutan Islam. (Gambar hiasan pasangan dua Tokoh Akademik yg berjaya dan bahagia)

Bagi sipengantin pula setelah dimake-up dan nampak cantik sikit, timbullah perasaan riak, ujub & takabbur. Pengantin perempuan bermake-up menunjukkan kecantikan selain untuk suami adalah haram, tambahkan pula mendedahkan aurat samada tidak memakai tudung kepala, pakaian yang mendedahkan aurat, pakaian ketat atau jarang juga haram. Sisuami pula baru bernikah dah dapat dosa kering kerana kelakuan isteri barunya. Dosa riak ibarat api dalam sekam, kena sikit habis segala-galanya.
.
Pertunjukan Silat, Tomoi dan yang sama waktu denganya lebih
berfedah dan tidak haram

Upacara persandingan sebegini rupa sebenarnya adalah meniru ajaran agama Hindu. Bermake-up berejam-rejam dari hujung rambut hingga ke kaki adalah amalan pengantin beragama Hindu. Zaman telah berubah, kalau dulu Mak Andam adalah perempuan, tetapi kini Mak Andam ramai terdiri daripada ‘Kaum Lelaki Lembut’ dan ada yang memanggil ‘Abang Andam’. Proses make-up pengantin ‘luar dan dalam’ memakan masa panjang, ada yang sampai tiga atau empat jam. Sipengantin perempuan sanggup mendedahkan segala-segalanya kepada ‘Abang Andam’, yang penting orang pandang cantik. Ini nak kira dosa apa pula?

.

Semasa bersanding, kedua mempelai dirinjis dengan air mawar dan ditabur dengan tepung tawar. Ikut siapa ni? Ustaz mana yang mengajar ni? Ada ibu pengantin bagi tahu ana kesemua ini untuk menyerikan lagi simempelai dan bagi bau wangi. Nak berseri bukan ini caranya. Biarlah berseri dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi kerana serinya iman dan taqwa berkekalan tak macam serinya tepung tawar. Kalau nak wangi, ini hanya helah semata-mata kerana kedua-dua mempelai telah dilumuri dengan berbotol-botol minyak wangi, jadi nak wangi macam mana lagi?

.

Pertunjukan kumpulan muzik mengundang banyak maksiat

Nak bersanding pula kena ada pelamin dan segala peralatan yang sewaktu dengannya. Kesemua ini kena sewa, bukan free. Perbelanjaan ini termasuklah dalam golongan membazir. Membazir pula adalah kawan Syaitan.

Sesuatu majlis perkahwinan seolah-olah tidah sah jika tiada diiringi oleh persembahan kumpulan muzik atau mainan lagu-lagu berbagai rentak. Semasa persembahan berjalan, ada yang ‘naik sheikh’ hingga tak segan silu berjoget macam orang mabuk. Ditempat lain pula kenduri kahwin dihidangi oleh persembahan ‘pancaragam’ dan diikuti dengan joget lambak dll. Bayangkan orang tua & muda, lelaki & perempuan berpasangan sambil joget lambak, berapa jenis dosa berlaku serentak. Anak cucu ‘geli geleman’ melihatkan ibu, bapa, datuk dan nenek berjoget berpasangan. Joget lambak adalah budaya orang Portugis atau orang Kristian. Mengapa kita nak tiru mereka? Berapa banyak wang dibazirkan untuk tujuan maksiat ini? Ini maksiat lagi.
.

Joget lambak disebelah malam lagi besar maksiat. Ada juga majlis kenduri kahwin ini di selitkan dengan pertandingan Karaoke. Waktu inilah orang tua, muda, lelaki dan perempuan nak tunjuk bakat. Nak menyanyi juga lagi. Kalau dah menyanyi kena berjoget, kalau berjoget kena berpasangan, kalau berpasangan yang bukan mahram kena laknat oleh Allah.

.

Walimatul urus hukumnya Sunat Muakkad. Tetamu turut menutup aurat dan tiada percampuran lelaki & perempuan bukan mahram

Suasana majlis semakin panas apabila anak-anak gadis yang ‘menunjuk sakan’ dengan melayan tetamu yang hadir sambil menghulur telur atau lain-lain bungkusan hadiah. Perbuatan ini direstui oleh ibu bapa sigadis. Dosa demi dosa difaraid oleh semua yang hadir. Letih ana nak kira berapa jenis maksiat dah dapat di faraidkan sepanjang satu hari kenduri kahwin orang Melayu ini. Kadang-kadang majlis kenduri dirumah ‘Ustaz’ pun berlaku perkara sebegini rupa, bayangkanlah kalau bukan rumah ustaz apa yang yang berlaku?
Jawa Jadid: Isu ini sangat luas dan panas. Banyak perkara yang perlu diketengahkan. Tetapi disini ana ringkaskan. Perkahwinan seseorang hamba Allah tak lepas dari 5 hukum seperti diatas. Tujuan perkahwinan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bersuka ria tetapi adalah ibadah kerana Allah disamping untuk melengkapkan sistem kehidupan yang dicipta Allah. Dalam ibadah bermakna ada undang-undangnya dan undang-undang ini wajib dipatuhi tanpa meletakkan faktor akal bagi memuaskan naluri seseorang insan. Kalau nak bersanding boleh, tapi kena lah tutup aurat, tak pakai 'Mak / Abang Andam' dan hanya untuk saudara mahram sahaja.

Al Banjari: Dalam perkahwinan, ijab dan qobul adalah wajib dan walimatulurus adalah sunat muaqqad. Jadi selesaikan yang wajib, buatlah yang sunat mengikut kehendak agama Islam itu sendiri. Jangan sesekali menambah-nambah atau meniru-niru perbuatan orang-orang kafir. Biarlah mereka dengan cara mereka, kita dengan cara yang diizinkan Allah sahaja. Elakkan buat yang sunat mengundang yang haram dan maksiat. Kalau nak berlagu, undanglah kumpulan Nasyid, barulah berkumandang suara keimanan. Wallahuwa’lam…

Kamis, 08 Oktober 2009

Orang Melayu Sembahyang Jumaat Tetapi Tak Dapat Pahala

Pada setiap tengahari Jumaat berpusu-pusulah orang Melayu pergi ke masjid untuk menunaikan ibadah solat Jumaat. Sebalum azan kedua, Bilal berpesan kepada semua agar apabila Khatib berkhutbah hendaklah jangan berkata-kata walaupun dengan perkataan ‘diam’, sesiapa yang berkata-kata maka sia-sialah pahala Jumaatnya. Ini bermakna semasa Khatib berkhutbah para Jamaah hanya boleh mendengar dan tak boleh buat sebarang aktiviti lain walaupun sekadar berkata ‘diam’, kecuali sembahyang sunat Tahiyatul Masjid bagi jamaah yang baru sampai dan sebelum duduk.
.
Khatib sedang berkhutbah, jamaah khusuk mendengarnya.
Tetapi apa yang berlaku di beberapa masjid ana dapati apabila Khatib mula berkhutbah, masa itulah ada Jamaah yang mula baca risalah, main SMS dan sebagainya. Waktu itulah juga tabung derma masjid beredar. Ada juga tabung diedarkan oleh orang tertentu, disini berlaku komonikasi untuk tukar wang kecil. Dalam Khutbah kedua pula Khatib membaca doa dan ramai jamaah yang jahil menadah tangan sambil menyebut ‘Amin’atau ‘Amin ya Allah’. Mungkin ada lagi beberapa aktiviti yang ana tak perasan kerana tujuan ana untuk mendengar khutbah dan bukan untuk memerhatikan aktiviti mereka.
Jawa Jadid: Malang sungguh bagi orang kita yang melakukan sesuatu atas dasar ikut-ikutan dan bukan atas dasar berilmu. Segala perbuatan diatas adalah membatalkan pahala Jumaatnya. Ini termasuklah menadah tangan sambil mengaminkan doa Khatib tadi. Khatib berdoa adalah salah satu rukun Khutbah bukan minta diaminkan. Terlanjur cerita fasal menadah tangan berdoa, ana kongsikan cara berdoa yang sebenar iaitu seperti berikut:-
1. Doa tak perlu menadah tangan – Doa dalam Khutbah 2. Doa perlu tadah tangan tapi tak perlu meraupkan kemuka – Doa Qunut 3. Doa perlu tadah tangan dan perlu meraupkan kemuka – Doa selepas solat dan doa-doa biasa
Al Banjari: Wahai orang-orang Melayu janganlah suka jadi pak turut sahaja. Nampak orang sebelah menadah tangan kita pun ikut sama. Jangan sesekali beribadah kerana ikut-ikutan dan tanpa dengan ilmu, kerana bukan pahala sahaja tak dapat mungkin dalam hal-hal tertentu ia dah bertukar menjadi dosa. Wallahuwa'lam.

Rabu, 07 Oktober 2009

Pejuang Islam Mati Masuk Neraka

Takrif Pejuang Islam ialah Orang Islam yang berjuang agar keseluruhan isi kandungan Al Quran, Hadith dan Ijma’ Ulama dapat dilaksana oleh semua umat manusia dalam semua bidang. Pejuang Islam ini terbahagi kepada dua golongan iaitu:-
. i. Pejuang Islam Sejati Golongan ini terdiri daripada Umat Islam yang berjuang dengan ikhlas dan dengan sebulat hati, sepenuh tenaga dan segala yang ada kerana Allah dan untuk Allah. Insya Allah mereka ini tidak termasuk dalam golongan Pejuang Islam yang masuk neraka. .
ii. Mengaku / persaran sebagai Pejuang Islam Golongan inilah yang termasuk dalam golongan Pejuang Islam yang masuk neraka. Perjuangan meraka kadang-kadang ikhlas dan kerana Allah dan kadang-kadang tidak. Berjuang memang berjuang, tetapi merima Al Quran, Hadith dan Ijma’ Ulama separu-separuh dan kadang-kadang. Disamping berjuang, maksiat tidak ditinggalkan. Diantara puncanya ialah:-
. 1. Solat fardhu tonggang tonggek dan tidak sempurna .
2. Beribadah dengan riak .
3. Berurusan perbankan konvensional
. 4. Membeli harta seperti kereta, rumah dll menggunakan pinjaman konvensional
. 5. Membeli insuran harta dan keluarga bersistem konvensiona dan bukan Takaful .
6. Berhutang tak mahu bayar
.
7. Berjudi atau taukeh judi / arak (Pelaboran Bank / Insuran konvensional)
.
8. Ahli Keluarga Tak Tutup aurat & banyak lagi
.

Gambar hiasan untuk renungan bersama

Jawa Jadid: Pejuang Islam dari golongan Mengaku / Persaran sebagai Pejuang Islam seperti yang tersebut diatas perlu muhasabah diri dan perbetulkan niat. Pastikan semua yang melibatkan hati, perbuatan, percakapan dan harta benda kita adalah kerana Allah dan untuk Allah sahaja. Bagi golongan ini perlu taubat nasoha. Terima, laksana dan perjuangkanlah Islam secara menyeluruh. Pastikan kalimah dan hukum Allah dinobatkan didunianya ini secara total. Bukannya sebahagian yang menguntungkan kita, kita terima dan yang merugikan kita, kita tolak. Dunia ini termasuklah diri kita ini milik Allah. Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadanyalah kita kembali. Wallahu wa’lam

Al Banjari: Piii lah! Pakai seluar pendek, anak beranak tak bertudung, ke masjid seminggu sekali, solat jarang-jarang, duit rakyat disapu bersih, belajar agama tak tau bila dan macam-macam lagi tapi nak mengaku atau perasan sebagai Pejuang Islam. Yang pasti kalau tak taubat nasoha memang kena selam di akhirat nanti.

Selasa, 06 Oktober 2009

Puasa Enam Di Bulan Syawal Sia-sia

Alhamdulillah, Umat Islam sudah selesai menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan. Kini Syawal menjelma, penumpuan kepada ibadah sunat iaitu puasa enam di bulan Syawal. Ramai yang berpuasa, tetapi ramai juga yang berpuasa sia-sia. Pahala belum tentu dapat dosa dah menunggu. Diantara mereka ialah:-
· Puasa menunjuk-nuntuk agar mayarakat menilai mereka orang baik dan waraq.

· Puasa kerana ikut-ikut orang lain berpuasa.

· Puasa sunat (puasa enam) dibuat tetapi puasa wajib (Ramadhan) tak sampai sebulan.

· Puasa wajib selesai, puasa sunat pun buat tetapi solat waktu jarang-jarang.

· Puasa bukan kerana Allah tetapi kerana lain-lain.

Hanya orang yang cukup solat waktu dan berpuasa kerana Allah semata-mata yang akan dapat ganjaran yang dijanjikan Allah.

.Jawa Jadid: Pastikan Rukun Islam yang lima dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas kerana Allah. Solat tiang ugama, puasa dinding agama.

Al Banjari: Orang yang tak tinggal solatnya pasti tak tinggal puasa , tetapi orang yang tak tinggal puasa belum tentu tak tinggal solatnya. Wallahuwa’lam.

Senin, 05 Oktober 2009

Wanita Tak Wajib Memasak

Sebut sahaja wanita, 1,001 macam cerita dan 1,001 malam pun baru muqaddimah. Tapi cerita pasal memasak untuk seisi rumah, wanita perlu diberi perhatian yang selayaknya. Cerita suatu hari dibulan Ramadhan ana nampak seorang wanita bergelar ibu yang mempunyai kerja tetap sangat padat agendanya. Bermula dengan bangun sahur jam 4.30 pagi terus memasak. Setelah menghidangkan makanan untuk sahur, siwanita tadi mengejutkan seisi keluarga untuk bersahur. Selepas bersahur mencuci pinggan mangkuk. Kaum keluarga yang lain sambung tidur, tetapi si wanita tadi sebok pula menyiapkan persiapan awal untuk berbuka puasa petang nanti. Kemudian menyiapkan sarapan pagi bagi anak-anak kecil yang belum mengenal puasa dan persiapan untuk anak-anak yang bersekolah. Selepas solat Subuh dan selesai urusan ana-anak, siwanita tadi begegas ke pejabat.
.
Sisuami takkanlah masak macam ni tak tau
Kira-kira jam 6.00 petang wanita tadi barulah pulang kerja dan sampai kerumah. Tanpa berehat seminit pun wanita tadi terus memasak menyiapkan juadah berbuka puasa. Ini bagi yang dah solat dipejabat, tetapi yang belum, sejumlah masa pula wajib di gunakan untuk bersolat. Selepas berbuka puasa terus beribadah solat Maghrib, Isya’ dan Tarawikh. Kadang-kadang joint suami dan anak-anak bertadarus, kebiasaannya hanya mampu mendengar sahaja. Ini terpaksa dilakukan kerana banyak lagi urusan rumah tangga perlu dibereskan. Anak-anak yang bersekolah perlu diajar atau diberi tumpuan. Akhirnya berehat dan terus tidur jam 2.00 pagi. Bagi wanita yang mempunyai kerjaya tambahan seperti berniaga tak cukup perkataan ana nak luahkan kerana isteri ana adalah dari golongan ini. Kasihan isteri ana dan ana sangat kagum serta menghargai pengorbanannya. Sesungguhnya hanya Allah yang layak member ganjaran keatas pengorbanannya.
.
Keluarga Ana Suka Nasi Bukhari Ayam Masakan Ana
(T.K. hanieliza)

Jawa Jadid: Perkara ini tidak berlaku bagi mereka yang mempunyai orang gaji atau anak-anak yang dah boleh membantu. Memandangkan ini adalah jadual harian, kerjasama seisi keluarga perlu dipertingkatkan. Memasak jangan dibebankan kepada wanita kerana Islam sendiri tidak menetapkan memasak adalah tugas khusus untuk wanita. Sisuami juga perlu pandai dan kena memasak. Kalau tak pandai pun tolonglah buat persiapan yang sewaktu dengannya dan cuci pinggan mangkuk atau mengemas rumah. Sisuami jangan hanya pandai makan kemudian tidur sahaja, lainlah kalau berpenyakit tidur. Kalau isteri tidak mahu masak, suami tak boleh marah kerana ini bukan tugas mutlak isteri. Wallahu wa’lam.

Al Banjari: Pandai masak lemak cili api ikan keli. Malangnya isteri tak makan ikan keli, jadi beli roti canai ajelah.

Minggu, 04 Oktober 2009

Rumah Terbuka Ikut Siapa?

Suasana 1 Sejak beberapa hari ini ana sebok dengan mengunjungi Rumah Terbuka’ rakan-rakan dan jiran-jiran. Alhamdulillah kami sekeluarga mewah dengan juadah-juadah raya yang disajikan. Tapi apabila ana pandang kiri, kanan, depan dan belakang ana dapati kehadirannya hanyalah dari kelompok yang setaraf dengan tuan rumah. Kata rumah terbuka, tapi mana orang miskin, mana anak yatim, mana orang masjid, mana orang kampong dan yang lainnya. Rata-rata kehadiran adalah terdiri daripada rakan-rakan yang rapat dengan suami dan isteri sahaja. Kehadiran mereka ini pun berjemput. Kalau rumah terbuka, siapa pun boleh hadir, kenapa perlu berjemput.
.
Samakah ibadah orang Islam dengan perayaan bukan Islam?

Suasana 2 Pada musim raya ini ana sekeluarga sempat juga beraya kerumah bekas jiran Allahyarham bapa mertua ana. Jiran ini berpendapatan sederhana. Suasana hari raya disini agak biasa sahaja. Apabila ditanya bila nak buat rumah terbuka, “Tak cukup budget. Hanya orang kaya boleh buat rumah terbuka” katanya. Berapa rumah terbuka dah pergi, “Satu, itu pun rumah Boss tempat kerja, yang lain tak jemput pun” jawabnya lagi.

Rumah Terbuka - Apakah gunanya kalau VIP diasingkan dengan yang bukan VIP

Suasana 3 Setiap tahun dikampong ana sambutan Hari Raya I’dul Fitri jauh berbeza. Selepas Sembahyang Sunat Hari Raya di masjid, kami seluruh ahli kariah mempunyai agenda yang sama. Tidak kira kaya atau miskin bersama-sama memeriahkan program ‘Baraan'(bahasa Jawa). Baraan bermaksud kunjung mengunjungi “rumah kerumah” ahli kariah secara beramai-ramai. Tiada rumah yang terkecuali tak kira miskin, kaya, sihat atau sakit. Setiap ahli kariah akan menyediakan makanan dan minuman sekadar yang mampu sempena Hari Raya untuk rombongan baraan. Rombongan baraan akan datang berkunjung kerumah ahli untuk ziarah menziarahi, mengucapkan Selamat Hari Raya disamping merapatkan hubungan silaturrahim dan saling bermaafan sesama ahli.
.

Kata Rumah Terbuka, tetapi mengapa perlu dibuat di hotel?

Jawa Jadid: Rumah terbuka tidak sesuai untuk orang Islam. Ini kerana ia bukan terbuka sepenuhnya, malah hanya untuk tetamu jemputan sahaja. Jurang perbezaan latar belakang dan ekonomi dalam masyarakat akan makin ketara. Yang miskin akan terpinggir dan yang kaya semakin bongkak dengan kekayaannya. Walau bagaimanapun bagi golongan yang melakukanya secara ikhlas, tidak menggunakan duit orang lain atau duit rakyat dan melakukan hanya kerana Allah, Insya Allah terkecuali dari larangan ini tetapi kena ubah kepada 'Jamuan Hari Raya' bukan Rumah Terbuka. Kalau buat dengan menggunakan duit rakyat atau duit orang lain, duit haram serta bertujuan selain dari kerana Allah, ana harap bertaubatlah.
Al Banjari: Amalkanlah konsep 'Baraan' atau 'Jamuan Hari Raya'. Bayangkanlah jika antum miskin atau sedang sakit, begitu ramai masyarakat datang melawat dan menziarahi antum, pastinya kalau sakit akan baik serta merta, kalau miskin macam jadi orang kaya segera. Konsep baraan ini lah yang dituntut oleh Islam bukan rumah terbuka. Jadi Rumah Terbuka Ikut Siapa? Wallahu wa'lam.
.

Sabtu, 03 Oktober 2009

Duit Raya Tiru Budaya Cina

Suasana 1 “Ini duit raya” kata seorang saudara sambil memberi sampul berwarwa hijau kepada anak-anak ana ketika kami berkunjung kerumahnya. "Siapa tak salam tak dapat duit raya" kata seorang saudara yang lain. “Ang Pau tak de ke pakcik?” tanya sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dirumah kami. “Berapa dah duit raya awak dapat?” tanya seorang budak kepada kawannya. Ini adalah diantara perkara biasa yang belaku dimana-mana sahaja semasa musim perayaan Hari Raya I’dul Fitri.
Budaya memberi duit raya ini hanya mula wujud dikalangan masyarakat Melayu sekitar penghujung tahun tahun 1970an. Persoalannya darimanakah asal usul budaya ini? Adalah ini budaya atau tuntutan Islam? Yang jelas amalan memberi duit raya kini sudah berleluasa sehingga menimbulkan bebepa kesan negatif kepada masyarakat Melayu. Budaya menunjuk-nunjuk, meminta-minta, banding membanding dan sebagainya yang bukan sahaja tidak dapat pahala tetapi dapat dosa. Yang kesempitan wang bagaimana?

Kalau betullah ikhlas, mengapa perlu bersyarat dan menunjuk-nunjuk?

Suasana 2 “Tokeh Ang Pau mana?”. “Ini ada Ang Pau la wa kasi sama Encik”. “Selamat Hari Raya, Ang Pau mana”. “Dulu ala kasi Ang Pau kan…?” Ini suasana berbeza apabila orang dewasa ‘tertentu’ berjumpa tokeh-tokeh perniagaan China. Hari Raya I’dul Fitri dapat Ang Pau dan Tahun Baru China pun dapat Ang Pau. Apa makna semua ini?
Suasana ini lebih merbahaya. Banyak perkara seperti penyelewengan, pecah amanah dan pemberian rasuah boleh berlaku. Amalan memberi rasuah kepada golongan tertentu amat mudah di beri dalam bentuk pemberian Ang Pau. 'Ini Ang Pau a, wa kasi sama tuan punya anak'. Bagi anak apa ke jadah kalau dalam Ang Pau ada RM1,000.00.
.

Apa bezanya kedua-dua bungkusan ini?

. Jawa Jadid: Islam menggalakkan umatnya bersedekah atau menderma, tetapi bukan ini caranya. Islam mengajar bersedekah dan menderma biar ikhlas dan hanya kepada golongan yang memerlukan sahaja, tidak menunjuk-nunjuk dan sepanjang tahun bukan khusus pada hari raya sahaja. Sebaiknya jika ingin melakukanya lebih afdhal pada bulan Ramadhan bukan bulan Syawal. Budaya memberi Ang Pau (bungkusan merah) ini adalah meniru budaya China.

Al Banjari : Budaya ikutan ini telah melahirkan masyarakat Melayu sebagai masyarakat yang meminta-minta. Malulah sikit pada bangsa lain hinggakan orang dewasa Melayu pun ada yang meminta-minta tak ubah seperti pengemis, Kalau tak bagi marah pula...

Malam Raya Malam Bertakbir

Di kampong ‘Embah’ ana, malam raya dikenali sebagai ‘Malam Takbiran’. Kemeriahan malam ini jelas apabila umat Muslimin tua dan muda berkumpul di masjid sambil bertakbir beramai-ramai. Kalimat memuji kebesaran Ilahi bergema di setiap masjid disini hingga kepagi dan berakhir dengan Sembahyang Sunat I’dul Fitri. Suasana kesepian malam dan keheningan Subuh dipecahkan dengan laungan ‘Takbir Raya’ bersahut-sahutan dari masjid sekeliling membuat air mata ana mencurah-curah kesayuan.
. Sungguh rugi masjid seindah ini sepi di malam raya...
Disuatu malam raya di Malaysia ana dan sahabat telah bersiap sedia dan pergi kemasjid lebih kurang jam 10.30malam untuk bertakbir raya, sesampai disana didapati pintu masjid berkunci rapat. Kemudian kami cuba kemasjid yang lain dan suasana yang sama berlaku, lalu kami pulang bertakbir bersendirian.
.

Alangkah indahnya masjid ini jika diiamarahka siang dan malam

. Jawa Jadid: Hari raya adalah hari kemenangan dimana bertakbir beramai-ramai memuji kebesaran Ilahi sangat dituntut oleh agama Islam. Apabila masjid dikunci dan tiada perancangan untuk menghidupkan malam tersebut bermakna suatu kerugian bagi umat Muslimin. Suasana yang sepatutnya meriah jadi muram. Dimana silapnya…
Al Banjari: AJK Masjid jangan tidur, susun agenda yang menarik, jemput jamaah hadir beramai-ramai dan bertakbirlah hingga selesai Solat Sunat Idul Fitri

Jumat, 02 Oktober 2009

Malam Tujuh Likor Ikut Hindu

Terlebih dahulu ana ucapkan SELAMAT HARI RAYA, I’DUL FITR kepada Muslimin dan Muslimat sekelian. Tiga hari sebelum 1 Syawal ana masih terjumpa ada dikalangan orang kita yang sebok menyambut malam tujuh likor. Pada malam tersebut berbaris pelita dipasang sepanjang jalan atau mengelilingi rumah. Pelita dipasang sehinggalah kemalam raya, sungguh meriah nampaknya. Kad Hari Raya pun gambar pelita. Persoalannya amalan ini berpandukan ajaran mana? Al-Quran, Hadith, Ijma’ Ulama atau asiapa? Untuk tujuan apa mereka sambut malam tersebut?
.

Pelita Minyak Tanah malam Tujuh Likor

Ana teringat semasa ana di India, masyarakat yang berugama Hindu mengamalkan perkara yang sama bagi menyambut hari raya mereka iaitu Deepavali atau Dewali dan upacara keugamaan mereka. Bezanya ialah bentuk pelita sahaja. Deepavali atau Dewali bermakna ‘Pesta Cahaya’ adalah ajaran agama Hindu.

.

Pelita Minyak Tanah Deepavali

Jawa Jadid: Bagi ana, amalan begitu tinggalkanlah sahaja. Ini kerana ia adalah budaya agama Hindu (Rujuk: http://pkwr-anakbukit.blogspot.com/2008/10/mb-tegur-salah-amalan-raya-aidil-fitri.html) dan banyak lagi rujukan lain. Wallahuwa'lam...

Al Banjari: Tumpukanlah malam-malam tersebut kepada amalan yang lebih afdal sempena malam ‘Lailatul Qadr' spt qiamullail.

Rabu, 30 September 2009

SALAM PEBUKAAN

Assalamualaikum wbt. Selamat bertemu kepada ummat Muslimin dan Muslimat yang di muliakan sekelian. Ana pada hari ini melancarkan Blog ini dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim. Semoga blog ini dapat dikongsi bersama untuk faedah dan kepentingan ummat Muslimin dan Muslimat sekelian. Blog ini tidak terikat kepada tajuk khusus tetapi lebih kepada kritikan sosial yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Islam kita di negara ini. Kalau ada salah dan silap atau keterlanjuran kata, maaf ana pinta dan mohon diperbetulkan agar ia jangan terus terpesong. Wallahuwa'lam.