BLOG INI MENGANDUNGI KRITIKAN SOSIAL TERHADAP SEGELINTIR MASYARAKAT MELAYU MUSLIM TERMASUKLAH PERKARA-PERKARA KECIL YANG SEBELUM INI DISEDARI ATAU PUN TIDAK DISEDARI.

TEMAN SETIA BLOG INI:-

Rabu, 07 Oktober 2009

Pejuang Islam Mati Masuk Neraka

Takrif Pejuang Islam ialah Orang Islam yang berjuang agar keseluruhan isi kandungan Al Quran, Hadith dan Ijma’ Ulama dapat dilaksana oleh semua umat manusia dalam semua bidang. Pejuang Islam ini terbahagi kepada dua golongan iaitu:-
. i. Pejuang Islam Sejati Golongan ini terdiri daripada Umat Islam yang berjuang dengan ikhlas dan dengan sebulat hati, sepenuh tenaga dan segala yang ada kerana Allah dan untuk Allah. Insya Allah mereka ini tidak termasuk dalam golongan Pejuang Islam yang masuk neraka. .
ii. Mengaku / persaran sebagai Pejuang Islam Golongan inilah yang termasuk dalam golongan Pejuang Islam yang masuk neraka. Perjuangan meraka kadang-kadang ikhlas dan kerana Allah dan kadang-kadang tidak. Berjuang memang berjuang, tetapi merima Al Quran, Hadith dan Ijma’ Ulama separu-separuh dan kadang-kadang. Disamping berjuang, maksiat tidak ditinggalkan. Diantara puncanya ialah:-
. 1. Solat fardhu tonggang tonggek dan tidak sempurna .
2. Beribadah dengan riak .
3. Berurusan perbankan konvensional
. 4. Membeli harta seperti kereta, rumah dll menggunakan pinjaman konvensional
. 5. Membeli insuran harta dan keluarga bersistem konvensiona dan bukan Takaful .
6. Berhutang tak mahu bayar
.
7. Berjudi atau taukeh judi / arak (Pelaboran Bank / Insuran konvensional)
.
8. Ahli Keluarga Tak Tutup aurat & banyak lagi
.

Gambar hiasan untuk renungan bersama

Jawa Jadid: Pejuang Islam dari golongan Mengaku / Persaran sebagai Pejuang Islam seperti yang tersebut diatas perlu muhasabah diri dan perbetulkan niat. Pastikan semua yang melibatkan hati, perbuatan, percakapan dan harta benda kita adalah kerana Allah dan untuk Allah sahaja. Bagi golongan ini perlu taubat nasoha. Terima, laksana dan perjuangkanlah Islam secara menyeluruh. Pastikan kalimah dan hukum Allah dinobatkan didunianya ini secara total. Bukannya sebahagian yang menguntungkan kita, kita terima dan yang merugikan kita, kita tolak. Dunia ini termasuklah diri kita ini milik Allah. Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadanyalah kita kembali. Wallahu wa’lam

Al Banjari: Piii lah! Pakai seluar pendek, anak beranak tak bertudung, ke masjid seminggu sekali, solat jarang-jarang, duit rakyat disapu bersih, belajar agama tak tau bila dan macam-macam lagi tapi nak mengaku atau perasan sebagai Pejuang Islam. Yang pasti kalau tak taubat nasoha memang kena selam di akhirat nanti.

5 komentar:

yad_element mengatakan...

haha... nmpak sgt la kejahilan mereka dan kejahilan kite...

knp kite jahil..
sebab kite bile lihat diorg buat camtu mcm takde respon...
kite biar jew...
hehe

Mawar_berduri mengatakan...

salam, dahsyat la dengan baju melayu boleh plak buat muke kering je pegi tikam nombor???....x malu ke? ...

naimz08 mengatakan...

Apa nak jadi dengan si pemakai baju Melayu tue.menjatuhkan maruah agama Islam shj.....

Kerna Kasih Azriey Sinar mengatakan...

Buat malu bangsa dan agama ja orang yg beratur TOTO tu. Benci btl saya..

HAJI ARSHAD mengatakan...

Salam. Saya sokong blog Jawa dan tertarik dengan '5. Membeli insuran harta dan keluarga bersistem konvensional dan bukan Takaful'. Saya cadangkan agar Jawa jadikan Takaful sebangai satu tajuk khas. Saya boleh bagi info. Cadangan saja. T. Kasih.