BLOG INI MENGANDUNGI KRITIKAN SOSIAL TERHADAP SEGELINTIR MASYARAKAT MELAYU MUSLIM TERMASUKLAH PERKARA-PERKARA KECIL YANG SEBELUM INI DISEDARI ATAU PUN TIDAK DISEDARI.

TEMAN SETIA BLOG INI:-


Senin, 05 Oktober 2009

Wanita Tak Wajib Memasak

Sebut sahaja wanita, 1,001 macam cerita dan 1,001 malam pun baru muqaddimah. Tapi cerita pasal memasak untuk seisi rumah, wanita perlu diberi perhatian yang selayaknya. Cerita suatu hari dibulan Ramadhan ana nampak seorang wanita bergelar ibu yang mempunyai kerja tetap sangat padat agendanya. Bermula dengan bangun sahur jam 4.30 pagi terus memasak. Setelah menghidangkan makanan untuk sahur, siwanita tadi mengejutkan seisi keluarga untuk bersahur. Selepas bersahur mencuci pinggan mangkuk. Kaum keluarga yang lain sambung tidur, tetapi si wanita tadi sebok pula menyiapkan persiapan awal untuk berbuka puasa petang nanti. Kemudian menyiapkan sarapan pagi bagi anak-anak kecil yang belum mengenal puasa dan persiapan untuk anak-anak yang bersekolah. Selepas solat Subuh dan selesai urusan ana-anak, siwanita tadi begegas ke pejabat.
.
Sisuami takkanlah masak macam ni tak tau
Kira-kira jam 6.00 petang wanita tadi barulah pulang kerja dan sampai kerumah. Tanpa berehat seminit pun wanita tadi terus memasak menyiapkan juadah berbuka puasa. Ini bagi yang dah solat dipejabat, tetapi yang belum, sejumlah masa pula wajib di gunakan untuk bersolat. Selepas berbuka puasa terus beribadah solat Maghrib, Isya’ dan Tarawikh. Kadang-kadang joint suami dan anak-anak bertadarus, kebiasaannya hanya mampu mendengar sahaja. Ini terpaksa dilakukan kerana banyak lagi urusan rumah tangga perlu dibereskan. Anak-anak yang bersekolah perlu diajar atau diberi tumpuan. Akhirnya berehat dan terus tidur jam 2.00 pagi. Bagi wanita yang mempunyai kerjaya tambahan seperti berniaga tak cukup perkataan ana nak luahkan kerana isteri ana adalah dari golongan ini. Kasihan isteri ana dan ana sangat kagum serta menghargai pengorbanannya. Sesungguhnya hanya Allah yang layak member ganjaran keatas pengorbanannya.
.
Keluarga Ana Suka Nasi Bukhari Ayam Masakan Ana
(T.K. hanieliza)

Jawa Jadid: Perkara ini tidak berlaku bagi mereka yang mempunyai orang gaji atau anak-anak yang dah boleh membantu. Memandangkan ini adalah jadual harian, kerjasama seisi keluarga perlu dipertingkatkan. Memasak jangan dibebankan kepada wanita kerana Islam sendiri tidak menetapkan memasak adalah tugas khusus untuk wanita. Sisuami juga perlu pandai dan kena memasak. Kalau tak pandai pun tolonglah buat persiapan yang sewaktu dengannya dan cuci pinggan mangkuk atau mengemas rumah. Sisuami jangan hanya pandai makan kemudian tidur sahaja, lainlah kalau berpenyakit tidur. Kalau isteri tidak mahu masak, suami tak boleh marah kerana ini bukan tugas mutlak isteri. Wallahu wa’lam.

Al Banjari: Pandai masak lemak cili api ikan keli. Malangnya isteri tak makan ikan keli, jadi beli roti canai ajelah.

3 komentar:

Unknown mengatakan...

bestnye dengar ayat ni....bagi saya memasak tu sebab nak menyatukan keluarga masa makan. Lagi satu anak2 pun suka kalau ibu memasak. Saya tak suka memasak dalam keadaan letih atau terpaksa. Baik beli aje bile time macam tu....

Cik Skaf mengatakan...

salam. Hanya Tajuk sahaja?

siti ajar bt yaakob mengatakan...

Bertuahlah anda kerana memiliki isteri yang bijak mengurus rumahtangga, bersyukurlah. Bertuah juga isteri anda kerana memiliki suami yang tahu menghargai penat lelah isteri.