BLOG INI MENGANDUNGI KRITIKAN SOSIAL TERHADAP SEGELINTIR MASYARAKAT MELAYU MUSLIM TERMASUKLAH PERKARA-PERKARA KECIL YANG SEBELUM INI DISEDARI ATAU PUN TIDAK DISEDARI.

TEMAN SETIA BLOG INI:-


Minggu, 04 Oktober 2009

Rumah Terbuka Ikut Siapa?

Suasana 1 Sejak beberapa hari ini ana sebok dengan mengunjungi Rumah Terbuka’ rakan-rakan dan jiran-jiran. Alhamdulillah kami sekeluarga mewah dengan juadah-juadah raya yang disajikan. Tapi apabila ana pandang kiri, kanan, depan dan belakang ana dapati kehadirannya hanyalah dari kelompok yang setaraf dengan tuan rumah. Kata rumah terbuka, tapi mana orang miskin, mana anak yatim, mana orang masjid, mana orang kampong dan yang lainnya. Rata-rata kehadiran adalah terdiri daripada rakan-rakan yang rapat dengan suami dan isteri sahaja. Kehadiran mereka ini pun berjemput. Kalau rumah terbuka, siapa pun boleh hadir, kenapa perlu berjemput.
.
Samakah ibadah orang Islam dengan perayaan bukan Islam?

Suasana 2 Pada musim raya ini ana sekeluarga sempat juga beraya kerumah bekas jiran Allahyarham bapa mertua ana. Jiran ini berpendapatan sederhana. Suasana hari raya disini agak biasa sahaja. Apabila ditanya bila nak buat rumah terbuka, “Tak cukup budget. Hanya orang kaya boleh buat rumah terbuka” katanya. Berapa rumah terbuka dah pergi, “Satu, itu pun rumah Boss tempat kerja, yang lain tak jemput pun” jawabnya lagi.

Rumah Terbuka - Apakah gunanya kalau VIP diasingkan dengan yang bukan VIP

Suasana 3 Setiap tahun dikampong ana sambutan Hari Raya I’dul Fitri jauh berbeza. Selepas Sembahyang Sunat Hari Raya di masjid, kami seluruh ahli kariah mempunyai agenda yang sama. Tidak kira kaya atau miskin bersama-sama memeriahkan program ‘Baraan'(bahasa Jawa). Baraan bermaksud kunjung mengunjungi “rumah kerumah” ahli kariah secara beramai-ramai. Tiada rumah yang terkecuali tak kira miskin, kaya, sihat atau sakit. Setiap ahli kariah akan menyediakan makanan dan minuman sekadar yang mampu sempena Hari Raya untuk rombongan baraan. Rombongan baraan akan datang berkunjung kerumah ahli untuk ziarah menziarahi, mengucapkan Selamat Hari Raya disamping merapatkan hubungan silaturrahim dan saling bermaafan sesama ahli.
.

Kata Rumah Terbuka, tetapi mengapa perlu dibuat di hotel?

Jawa Jadid: Rumah terbuka tidak sesuai untuk orang Islam. Ini kerana ia bukan terbuka sepenuhnya, malah hanya untuk tetamu jemputan sahaja. Jurang perbezaan latar belakang dan ekonomi dalam masyarakat akan makin ketara. Yang miskin akan terpinggir dan yang kaya semakin bongkak dengan kekayaannya. Walau bagaimanapun bagi golongan yang melakukanya secara ikhlas, tidak menggunakan duit orang lain atau duit rakyat dan melakukan hanya kerana Allah, Insya Allah terkecuali dari larangan ini tetapi kena ubah kepada 'Jamuan Hari Raya' bukan Rumah Terbuka. Kalau buat dengan menggunakan duit rakyat atau duit orang lain, duit haram serta bertujuan selain dari kerana Allah, ana harap bertaubatlah.
Al Banjari: Amalkanlah konsep 'Baraan' atau 'Jamuan Hari Raya'. Bayangkanlah jika antum miskin atau sedang sakit, begitu ramai masyarakat datang melawat dan menziarahi antum, pastinya kalau sakit akan baik serta merta, kalau miskin macam jadi orang kaya segera. Konsep baraan ini lah yang dituntut oleh Islam bukan rumah terbuka. Jadi Rumah Terbuka Ikut Siapa? Wallahu wa'lam.
.

1 komentar:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli mengatakan...

bru hari nie dgr konsep baraan..hehe.. TQ foe sharing... =)