BLOG INI MENGANDUNGI KRITIKAN SOSIAL TERHADAP SEGELINTIR MASYARAKAT MELAYU MUSLIM TERMASUKLAH PERKARA-PERKARA KECIL YANG SEBELUM INI DISEDARI ATAU PUN TIDAK DISEDARI.

TEMAN SETIA BLOG INI:-


Kamis, 08 Oktober 2009

Orang Melayu Sembahyang Jumaat Tetapi Tak Dapat Pahala

Pada setiap tengahari Jumaat berpusu-pusulah orang Melayu pergi ke masjid untuk menunaikan ibadah solat Jumaat. Sebalum azan kedua, Bilal berpesan kepada semua agar apabila Khatib berkhutbah hendaklah jangan berkata-kata walaupun dengan perkataan ‘diam’, sesiapa yang berkata-kata maka sia-sialah pahala Jumaatnya. Ini bermakna semasa Khatib berkhutbah para Jamaah hanya boleh mendengar dan tak boleh buat sebarang aktiviti lain walaupun sekadar berkata ‘diam’, kecuali sembahyang sunat Tahiyatul Masjid bagi jamaah yang baru sampai dan sebelum duduk.
.
Khatib sedang berkhutbah, jamaah khusuk mendengarnya.
Tetapi apa yang berlaku di beberapa masjid ana dapati apabila Khatib mula berkhutbah, masa itulah ada Jamaah yang mula baca risalah, main SMS dan sebagainya. Waktu itulah juga tabung derma masjid beredar. Ada juga tabung diedarkan oleh orang tertentu, disini berlaku komonikasi untuk tukar wang kecil. Dalam Khutbah kedua pula Khatib membaca doa dan ramai jamaah yang jahil menadah tangan sambil menyebut ‘Amin’atau ‘Amin ya Allah’. Mungkin ada lagi beberapa aktiviti yang ana tak perasan kerana tujuan ana untuk mendengar khutbah dan bukan untuk memerhatikan aktiviti mereka.
Jawa Jadid: Malang sungguh bagi orang kita yang melakukan sesuatu atas dasar ikut-ikutan dan bukan atas dasar berilmu. Segala perbuatan diatas adalah membatalkan pahala Jumaatnya. Ini termasuklah menadah tangan sambil mengaminkan doa Khatib tadi. Khatib berdoa adalah salah satu rukun Khutbah bukan minta diaminkan. Terlanjur cerita fasal menadah tangan berdoa, ana kongsikan cara berdoa yang sebenar iaitu seperti berikut:-
1. Doa tak perlu menadah tangan – Doa dalam Khutbah 2. Doa perlu tadah tangan tapi tak perlu meraupkan kemuka – Doa Qunut 3. Doa perlu tadah tangan dan perlu meraupkan kemuka – Doa selepas solat dan doa-doa biasa
Al Banjari: Wahai orang-orang Melayu janganlah suka jadi pak turut sahaja. Nampak orang sebelah menadah tangan kita pun ikut sama. Jangan sesekali beribadah kerana ikut-ikutan dan tanpa dengan ilmu, kerana bukan pahala sahaja tak dapat mungkin dalam hal-hal tertentu ia dah bertukar menjadi dosa. Wallahuwa'lam.

2 komentar:

acatTEMERLOH mengatakan...

mula-mula baca topik, dah dapat agak isinya tp tekaan meleset.
Pernah dengar ceramah dari seorang ustaz (penceramah bebas) bagitau tentang orang yang xdikira cukup rukun solat jumaat.
orang yang hadir ke masjid selepas khatib membaca khutbah dikira tidak sah solat jumaat.
wallahualam.

Unknown mengatakan...

Salam..memang amat menyedihkan.Di mana-mana masjid pun memang mcm nie...bilalah nak berubah org melayu nie :(