Tahniah dan Selamat Menyambut Menantu ana ucapkan kepada ibu bapa yang baru mengadakan majlis kenduri pengantin untuk anak-anak mereka. Setiap perkara yang kita lakukan tidak terlepas melalui salah satu hukum samada wajib, sunat, makruh, haram atau harus. Ada dikalangan ibu bapa yang mengadakan majlis kenduri kahwin samada sedar atau tidak telah melakukan beberapa perkara maksiat iaitu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
.Ijab & Qobul hukumnya Wajib. Pastikan Juru Nikah, Wali & Saksi tidak fasiq
Kesilapan awal berlaku selepas Majlis Akad Nikah. Selepas akad, pengantin lelaki pergi menyarungkan cincin dijari pengantin perempuan. Ini OK lah. Tapi lepas tu macam dah tak sabar-sabar pengantin lelaki mencium dahi atau dimana dia suka pengantin perempuan dikhalayak ramai. Yang hadir ketawa berdekah-dekah seronok. Ana tak nampak dimana lucu atau seronoknya. Ini tak ubah macam majlis perkahwinan orang Yahudi dan Kristian.
.
Persandingan Mukmin sejati. Tiada pelamin, tiada pembaziran & tiada maksiat.
(Gambar hiasan persandingan dua Tokoh Akademik yang berjaya tetapi tetap bahagia).
Kesilapan terbesar ialah upacara Persandingan Pengantin Baru yang ditontonkan kepada orang ramai. Ketika inilah banyak berlaku fitnah serta suara-suara sumbang yang mendatang dosa mengumpat kepada yang hadir. Diantara ucapan yang terdengar ialah ‘pendeklah pengantin tu’, ‘Pengantin tua’, Tebalnya cat… kalau kena cat, tunggul pun cantik’ dll.
Tiada persandingan, tiada pelamin, tiada maksiat mengikut tuntutan Islam.
(Gambar hiasan pasangan dua Tokoh Akademik yg berjaya dan bahagia)
Bagi sipengantin pula setelah dimake-up dan nampak cantik sikit, timbullah perasaan riak, ujub & takabbur. Pengantin perempuan bermake-up menunjukkan kecantikan selain untuk suami adalah haram, tambahkan pula mendedahkan aurat samada tidak memakai tudung kepala, pakaian yang mendedahkan aurat, pakaian ketat atau jarang juga haram. Sisuami pula baru bernikah dah dapat dosa kering kerana kelakuan isteri barunya. Dosa riak ibarat api dalam sekam, kena sikit habis segala-galanya.
.
Pertunjukan Silat, Tomoi dan yang sama waktu denganya lebih
berfedah dan tidak haram
Upacara persandingan sebegini rupa sebenarnya adalah meniru ajaran agama Hindu. Bermake-up berejam-rejam dari hujung rambut hingga ke kaki adalah amalan pengantin beragama Hindu. Zaman telah berubah, kalau dulu Mak Andam adalah perempuan, tetapi kini Mak Andam ramai terdiri daripada ‘Kaum Lelaki Lembut’ dan ada yang memanggil ‘Abang Andam’. Proses make-up pengantin ‘luar dan dalam’ memakan masa panjang, ada yang sampai tiga atau empat jam. Sipengantin perempuan sanggup mendedahkan segala-segalanya kepada ‘Abang Andam’, yang penting orang pandang cantik. Ini nak kira dosa apa pula?
.
Semasa bersanding, kedua mempelai dirinjis dengan air mawar dan ditabur dengan tepung tawar. Ikut siapa ni? Ustaz mana yang mengajar ni? Ada ibu pengantin bagi tahu ana kesemua ini untuk menyerikan lagi simempelai dan bagi bau wangi. Nak berseri bukan ini caranya. Biarlah berseri dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi kerana serinya iman dan taqwa berkekalan tak macam serinya tepung tawar. Kalau nak wangi, ini hanya helah semata-mata kerana kedua-dua mempelai telah dilumuri dengan berbotol-botol minyak wangi, jadi nak wangi macam mana lagi?
.
Pertunjukan kumpulan muzik mengundang banyak maksiat
Nak bersanding pula kena ada pelamin dan segala peralatan yang sewaktu dengannya. Kesemua ini kena sewa, bukan free. Perbelanjaan ini termasuklah dalam golongan membazir. Membazir pula adalah kawan Syaitan.
Sesuatu majlis perkahwinan seolah-olah tidah sah jika tiada diiringi oleh persembahan kumpulan muzik atau mainan lagu-lagu berbagai rentak. Semasa persembahan berjalan, ada yang ‘naik sheikh’ hingga tak segan silu berjoget macam orang mabuk. Ditempat lain pula kenduri kahwin dihidangi oleh persembahan ‘pancaragam’ dan diikuti dengan joget lambak dll. Bayangkan orang tua & muda, lelaki & perempuan berpasangan sambil joget lambak, berapa jenis dosa berlaku serentak. Anak cucu ‘geli geleman’ melihatkan ibu, bapa, datuk dan nenek berjoget berpasangan. Joget lambak adalah budaya orang Portugis atau orang Kristian. Mengapa kita nak tiru mereka? Berapa banyak wang dibazirkan untuk tujuan maksiat ini? Ini maksiat lagi.
.
Joget lambak disebelah malam lagi besar maksiat.
Ada juga majlis kenduri kahwin ini di selitkan dengan pertandingan Karaoke. Waktu inilah orang tua, muda, lelaki dan perempuan nak tunjuk bakat. Nak menyanyi juga lagi. Kalau dah menyanyi kena berjoget, kalau berjoget kena berpasangan, kalau berpasangan yang bukan mahram kena laknat oleh Allah.
.
Walimatul urus hukumnya Sunat Muakkad. Tetamu turut menutup aurat dan tiada percampuran lelaki & perempuan bukan mahram
Suasana majlis semakin panas apabila anak-anak gadis yang ‘menunjuk sakan’ dengan melayan tetamu yang hadir sambil menghulur telur atau lain-lain bungkusan hadiah. Perbuatan ini direstui oleh ibu bapa sigadis. Dosa demi dosa difaraid oleh semua yang hadir. Letih ana nak kira berapa jenis maksiat dah dapat di faraidkan sepanjang satu hari kenduri kahwin orang Melayu ini. Kadang-kadang majlis kenduri dirumah ‘Ustaz’ pun berlaku perkara sebegini rupa, bayangkanlah kalau bukan rumah ustaz apa yang yang berlaku?
Jawa Jadid: Isu ini sangat luas dan panas. Banyak perkara yang perlu diketengahkan. Tetapi disini ana ringkaskan. Perkahwinan seseorang hamba Allah tak lepas dari 5 hukum seperti diatas. Tujuan perkahwinan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bersuka ria tetapi adalah ibadah kerana Allah disamping untuk melengkapkan sistem kehidupan yang dicipta Allah. Dalam ibadah bermakna ada undang-undangnya dan undang-undang ini wajib dipatuhi tanpa meletakkan faktor akal bagi memuaskan naluri seseorang insan. Kalau nak bersanding boleh, tapi kena lah tutup aurat, tak pakai 'Mak / Abang Andam' dan hanya untuk saudara mahram sahaja.
Al Banjari: Dalam perkahwinan, ijab dan qobul adalah wajib dan walimatulurus adalah sunat muaqqad. Jadi selesaikan yang wajib, buatlah yang sunat mengikut kehendak agama Islam itu sendiri. Jangan sesekali menambah-nambah atau meniru-niru perbuatan orang-orang kafir. Biarlah mereka dengan cara mereka, kita dengan cara yang diizinkan Allah sahaja. Elakkan buat yang sunat mengundang yang haram dan maksiat. Kalau nak berlagu, undanglah kumpulan Nasyid, barulah berkumandang suara keimanan. Wallahuwa’lam…